Pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril melahirkan rasa gembira dan syukur apabila hasratnya untuk menjadi sukarelawan bagi membantu petugas barisan hadapan akhirnya tercapai.

Menurut Dr. Say dia telah ditempatkan di kawasan zon merah iaitu Pasar Borong Kuala Lumpur dan telah memulakan tugasan pertamanya semalam.

Menerusi akaun Instagramnya, Dr. Say berkongsi perasaannya sepanjang menjalani tugasan sebagai frontliners termasuklah pengalamannya sewaktu menyarungkan Pakaian Perlindungan Peribadi (PPE).

“Saya ditempatkan di Pasar Borong Kuala Lumpur. Kalau kalian tengok berita hari ini, pasar borong ni ibarat warzone dengan kawat berduri di sekeliling kawasannya. Entrance dikawal ketat tentera dan polis, cukup menyeramkan.

“Tiba di lokasi kami di-brief sekali lagi tugasan kami iaitu untuk mengambil 800 sampel lalu kami diminta untuk memakai PPE (personal protective equipment).

“Lapisan demi lapisan disarungkan sehinggalah item terakhir yakni face shield. Kehangatannya ibarat anda duduk di dalam kereta yang dibiarkan di bawah panas terik sepanjang hari dan anda hanya buka tingkap 1/5 tanpa aircond.

“Cukup panas dan sesak! Atas sebab inilah masa yang dihadkan kepada mereka yang memakai PPE hanya 3 jam kerana jika dibiarkan lebih lama mungkin akan memudaratkan.

“Perasaan jadi frontliner? Pada awalnya cukup menggusarkan. Sebab kita tak tahu apa yang nak dijangkakan. Bila tiba tadi, beratus orang beratur untuk diambil sampel.

“Bayangkan selama ni kita tengok dan dengar kes-kes COVID di berita sahaja tup tap arini engkau kena swab tekak beratus orang ni yang mungkin salah sorang ni ada wabak maut ni ape perasaan korang?

“Pulak tu lepas ni nak balik jumpa anak dan bini, tak ke menakutkan sekiranya kita terbawak balik COVID ni? Nauzubillahiminzalik,” kongsinya.

Topik : Gonna Leave This Here Sy sering tertanya-tanya “macam mane the real situation kat luar sana? Betul ke keadaannya macam war zone? Betul ke pakai PPE tu panas gila? Ape rasanya jadi frontliner ni? Well, hari ni sy dapat experience kesemuanya! Sy ditempatkan di Pasar Borong Kuala Lumpur. Kalau kalian tengok berita arini, Pasar Borong ni ibarat warzone dengan kawat berduri di sekeliling kawasannya. Entrance dikawal ketat tentera & polis, cukup menyeramkan. Tiba di lokasi kami di-brief sekali lagi tugasan kami iaitu untuk mengambil 800 sampel lalu kami diminta untuk memakai PPE (personal protective equipment). Lapisan demi lapisan disarungkan sehinggalah item terakhir yakni face shield. Kehangatannya ibarat anda duduk di dalam kereta yg dibiarkan di bawah panas terik sepanjang hari & anda hanya buka tingkap 1/5 tanpa aircond. Cukup panas & sesak! Atas sebab inilah masa yg dihadkan kepada mereka yg memakai PPE hanya 3 jam kerana jika dibiarkan lebih lama mungkin akan memudaratkan. Perasaan jadi frontliner? Pada awalnya cukup menggusarkan. Sebab kita tak tahu apa yg nak dijangkakan. Bila tiba tadi, beratus orang beratur untuk diambil sampel. Bayangkan selama ni kita tengok & dengar kes-kes COVID di berita sahaja tup tap arini engkau kena swab tekak beratus orang ni yg mungkin salah sorang ni ada wabak maut ni ape perasaan korang? Pulak tu lepas ni nak balik jumpa anak & bini, tak ke menakutkan sekiranya kita terbawak balik COVID ni? Nauzubillahiminzalik Akan tetapi sy sangat bertuah dikelilingi team yg cukup supportive & helpful. 1st time sy nampak betapa efficient-nya pegawai kesihatan, polis, tentera, JPA, RELA berinteraksi bersama. Kecuakan sy tadi terus bertukar semangat. Semangat untuk meneruskan hari-hari sukarelawan mendatang. If there is one advice i can give, jangan sesekali pandang remeh COVID ni peeps. Number of cases mungkin dua digit sekarang tapi dari apa yg sy experience tadi dua digit ini tidak akan berkekalan. Stay safe peeps!

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on


Bagaimanapun, Dr. Say mengakui dengan adanya rakan-rakan barisan hadapan lain membuatkan dirinya semakin bersemangat.

“Akan tetapi saya sangat bertuah dikelilingi team yang cukup supportive dan helpful. Pertama kali saya nampak betapa efficient-nya pegawai kesihatan, polis, tentera, JPA, RELA berinteraksi bersama.

“Kecuakan saya tadi terus bertukar semangat. Semangat untuk meneruskan hari-hari sukarelawan mendatang. If there is one advice I can give, jangan sesekali pandang remeh COVID ni peeps.

“Number of cases mungkin dua digit sekarang tapi dari apa yang saya experience tadi dua digit ini tidak akan berkekalan. Stay safe peeps!” tulisnya.


Terdahulu, Dr. Say tugas sebagai seorang sukarelawan bersama dengan Mercy Malaysia.

Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!