Muzik video lagu tribute 'Sentiasa Di Sini' yang didedikasikan khas buat rakyat Malaysia yang berjuang bersama-sama berdepan dengan pandemik Covid-19 terus mendapat sambutan.

Buktinya, lagu yang diterbitkan oleh Astro Gempak itu berjaya merekodkan jumlah terkumpul sebanyak 2 juta tontonan dalam tempoh hanya tujuh hari sahaja.

Rata-rata yang menonton menyifatkan ia sebuah karya yang menjadi pembangkit semangat kepada rakyat Malaysia untuk terus cekal dan tabah ketika berdepan segala cabaran.







Sentiasa Di Sini merupakan sebuah lagu tribute yang menampilkan barisan 26 artis tempatan bergabung suara.

BACA: Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Noh Hujan Antara 26 Artis Berpadu Suara Jayakan Lagu 'Sentiasa Di Sini', Memang Gempak!

Menampilkan Noh Salleh dan AG Coco selaku penulis lirik dan komposer, lagu itu boleh ditonton dan didengari di semua saluran TV, Radio dan platform digital Astro.



BACA: Power...Tak Payah Masuk Studio, Ada Artis Yang Rakam Lagu Tribute Perangi COVID-19 Guna Smartphone Je!

Jadi, jom dengarkan dan layan seketika muzik video Sentiasa Di Sini yang cukup istimewa buat kita semua sebagai rakyat Malaysia.



Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19