Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, pengacara Hani Fadzil kini hamil empat bulan.

Hani mengumumkan berita gembira ini menerusi entri terbaru di laman Instagram (IG) miliknya.

Dalam pada itu, Hani turut berharap agar ramai yang mendoakan keadaan kesihatannya supaya berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh sembilan bulan.



"Alhamdullilah syukur. Setelah hampir 3 tahun berkahwin, kami dikurniakan berita gembira seperti ini.

"Memasuki bulan keempat kehamilan saya, ini akan memberi banyak makna bagi kami sekiranya anda dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kami," tulis Hani.

Alhamdullilah syukur. After almost 3 years of marriage we are blessed with such happy news ?? Entering my 4th month of pregnancy, it would mean a lot to us if you could place dua(s) for our health and well-being ?✨ #14weeks #finallyFaNi #SpiderFani

A post shared by Hani Fadzil (@hahanybunch) on


Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Hani dan suami serta tidak sabar mahu menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Hani dan suami, Wan Faiz bernikah pada 7 Julai 2017 dalam sebuah majlis yang berlangsung meriah di sebuah dewan acara terkemuka di Putrajaya.