Filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) diadaptasikan dari buku best selling Indonesia dengan judul yang sama iaitu NKCTHI.

Penulis novel NKCTHI adalah wanita kelahiran tahun 90an iaitu Marchella FP.

Buku ini menjadi kegilaan ramai pembaca dan ternyata ayat-ayat yang digunakan sangat jelas dan mudah difahami.

Di sini adalah petikan 'quotes' yang dipetik dari buku NKCTHI:

1.

"Tidak ada penderitaan, tidak ada kesulitan, yang dapat menggantikan kebahagiaan."

2.

"Sekiranya nanti kita tidak bersependapat.

Tolong ingatkan untuk bertolak ansur.

Bukan lari."

3.

"Suatu ketika ada rasa pahit hadir dalam hidup anda.

Tidak mengapa ...

Ubat juga pahit, banyak juga pulih daripadanya."

4.

"Jangan mudah tersinggung, di bumi …

Bukan cuma anda yang punya perasaan."

5.

"Tenang, tidak semuanya harus dijawab sekarang."

6.

"Suatu hari senang datang, nikmati saja.

Tapi suatu hari sedih akan lebih berkesan, nikmati saja."

7.

"Mungkin yang diam terlalu lelah untuk mengeluh.

Mungkin yang bersuara terlalu lelah untuk menyimpan.

Kita sedang sama-sama berjuang."

8.

"Nafas sebentar, apa lagi yang dikejar?"

9.

"Bumi tidak hanya berputar untuk kita. Jadi jangan ego."

10.

"Selalu ada pertama kalinya dalam semua perkara... termasuk kegagalan."



NKCTHI dibarisi pelakon hebat daripada Indonesia, iaitu Rio Dewanto, Sheila Dara Aisha, Rachel Amanda, Ardhito Pramono, Donny Damara, Susan Bachtiar dan ramai lagi.

Secara eksklusif, buat kali pertama filem NKCTHI ditayang terus di pawagam rumah anda!

NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).

Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.

Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.

Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.

Jangan lupa untuk sewa NKCTHI di Astro First saluran 480 dan strim On Demand.