Pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho kini menjadi rebutan selepas membintangi drama terbaru berjudul The King: Eternal Monarch.

Kredibilitinya sebagai antara pelakon hebat dinegara itu membuatkan syarikat makanan terkenal, Dominos Pizza di Korea telah melantik Min Ho sebagai jurucakap terbaharu mereka.

Jenama popular itu memilih Min Ho kerana bersesuaian dengan tema Dominos Pizza yang hanya menggunakan barangan berkualiti tinggi untuk produk makanan mereka.

Dengan pemilihan Min Ho sebagai duta, Dominos Pizza juga memperluaskan terget mereka dengan menyasarkan pelanggan berusia 20 hingga 30-an.

Sebaik sahaja berita itu dihebahkan, rata-rata peminat Min Ho mengucapkan tahniah kepada pelakon kesayangan mereka.

Terdahulu, selepas tiga tahun akhirnya Min Ho kembali dengan drama terbaharu berjudul The King: Eternal Monarch.

Sebelum ini, Min Ho telah menjalani latihan khidmat ketenteraannya sejak 12 Mei 2017 di Suseo Social Welfare Center bertempat di Daerah Gangnam sebagai Pegawai Khidmat Masyarakat.

Min Ho kemudiannya menjalani latihan di Pusat Latihan Tentera Korea yang terletak di Selatan Nonsan, Wilayah Chungcheong pada 15 Mac 2018.

Pelakon kacak ini kemudiannya telah menamatkan latihan khidmat ketenteraannya pada 25 April 2019.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!