Isteri pendakwah bebas, Da'i Farhan, Noorainul Naqim Mohd. Radzi atau lebih dikenali dengan panggilan Dr. Erin memaklumkan bahawa dia bakal melahirkan bayinya pada Januari 2021.

Lebih membuatkan dirinya teruja apabila tarikh jangkaan bersalin itu nanti adalah pada 19 Januari iaitu sama angka dengan tarikh kelahirannya, 19 Disember.

"Okay baby, tarikh due awak pada 19 Januari 2021.

"Nombor sama dengan mama, 19 Disember. Insya-Allah, semoga terus kuat my baby sampai tahun depan," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Dalam posting tersebut, Dr. Erin turut mendedahkan bahawa usia kandungannya baru mencecah dua minggu.



Terdahulu, Dr. Erin memaklumkan kepada umum berita gembira apabila disahkan hamil pada usia 40 tahun.

BACA: "Terima Kasih Sebab Bagi Semua Kena Kuarantin Ada Kebaikan Juga .." - Isteri Dai' Farhan Umum Sedang Hamil Baby PKP



Apapun, angka 19 mempunyai signifikan tersendiri dalam perhubungan mereka berdua sebagai suami isteri.

Sebelum ini, suaminya juga pernah mendedahkan bahawa, dirinya merupakan calon wanita ke-19 yang mendampinginya selepas didatangi 18 wanita untuk dijadikan sebagai suri hidup.

BACA: Kreatifnya Wey! Kenyataan 'Tolak Lamaran 18 Kali, Terima Yang Ke 19...' Da’i Farhan Kena Troll!

Kisah rumah tangga mereka pernah mencuri tumpuan ramai apabila Da'i Farhan mengakui sudah bernikah dengan Dr. Erin yang juga janda anak lapan di Makkah.

Ia merupakan perkahwinan ketiga Dr Erin dan perkahwinan kedua Da'i Farhan selepas menceraikan isterinya, Fatin Nurul Ain Mat Aris.

Dalam pada itu, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!