Pelakon Sharnaaz Ahmad pada Isnin telah mengulas mengenai isu tular melibatkan adik kepada pemilik gedung tekstil terkemuka, yang dikenali sebagai Muzaffar Jakel.

Muzzafar sebelum itu menjadi tular kerana didakwa menghina bangsa Melayu menerusi sebuah posting di media sosial.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Sharnaaz berkata tindakan Muzaffar hanya merosakkan reputasi jenama besar yang dibina sejak turun-temurun itu.

"Sorrylah brother benda yang dah cakap tak boleh tarik balik...Hadap ja lah nahh (hadap saja lah ya). Hang (engkau) kena hadap.

"Ni aku nak cakap dekat hang, sebab hang dah petik semua Melayu, semua Melayu kat Malaysia ni ada hak nak bercakap bila hang dah petik Melayu.

“Kekayaan yang hang ada hari ni bukan harta hang. Itu adalah hasil usaha bapak hang, mak hang, tok hang…Depa (mereka) ni mai (datang) meniaga, usaha meniaga.

“Disebabkan hanglah, hang tengok apa dah jadi dengan hang punya legasi. Sebab tu orang kata tak semestinya dalam satu legasi tu akan ada semua yang bagus. Mesti ada yang macam hang ni.
“Jangan disebabkan hanya punya mulut, Jakel jadi kedai mesin kuda,” luahnya kesal menerusi saluran YouTube, Sharnaaz Ahmad TV.

Tambah Sharnaaz lagi, Muzzafar sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata kerana apabila netizen terguris, buruk padahnya.

“Netizen ni kalau dah terguris semua cerita mereka akan korek. Bulu ketika belah kiri hang ada berapa helai pun depa boleh tau.

“Bertaubatlah, tok sah duk tunjuk hang punya besaq (besar) kepala lah oi…Tak ada sesiapa pun akan hormat kepada orang yang besar kepala. Contoh dah ada banyak dah,” pesannya lagi.
Pada malam Ahad yang lalu, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel telah mewakili seluruh ahli keluarga dan rangkaian perniagaan Jakel memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang tersinggung dengan kenyataan adik beliau, Muzaffar.

Beliau membuat permohonan maaf itu susulan kenyataan adiknya yang tular di media sosial dan mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan warganet disebabkan ia disifatkan berbaur penghinaan kepada orang Melayu.

Sebelum itu, Muzaffar juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi posting di media sosial kerana keterlanjuran kata-katanya itu.

[[BACA: Perlekeh Orang Melayu, Adik Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Mohon Maaf - "Kenyataan Yang Dikeluarkan Adalah…"]]