Bekas anggota kumpulan K-Pop Wonder Girl, Hyerim mendedahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya atlet Taekwondo, Shin Min Chul.

Hyerin mengumumkan berita gembira itu menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh agensinya, rrr Entertainment.

“Selepas tujuh tahun bersama menjalinkan hubungan cinta berdasarkan kesetiaan dan kepercayaan atas diri masing-masing, Woo Hye Lim dan Shin Min Chul telah mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Pasangan ini merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka pada Julai depan bertempat di Seoul.

“Bagaimanapun buat masa ini kami tidak boleh mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinan itu. Jadi kami harap anda semua memahami.

“Mungkin ketika ini adalah masa sukar buat semua orang namun kami mengumumkan berita ini dengan penuh berhati-hati dan percaya bahawa ini adalah cara terbaik untuk memberikan khabar gembira ini.

“Untuk memberitahu anda yang menyayangi dan menyokong Hyerim sejak dari dulu lagi. Kami harap anda semua dapat memberikan ucapab tahniah kepada pasangan berkenaan untuk mereka memulakan hidup baru,” jelas wakil agensinya.

Terdahulu, Hyerim, 28 dan kekasihnya Shin Min Chul, 34, telah menjalinkan hubungan cinta sejak 2013.

Pasangan ini kemudiannya mendedahkan hubungan mereka pada Mac tahun ini selepas mengambil keputusan untuk muncul dalam program realiti terbitan MBC berjudul Real Love Story.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Soompi / Allkpop