Juara Pencetus Ummah musim 2015 (PU 2015), Syed Bakri akui selepas ini dia tidak akan lagi menggunakan panggilan PU di dalam pangkal namanya.

Menurut Syed Bakri dia mengambil keputusan tersebut apabila merasakan ia lebih mudah untuknya menjalankan kerja berdakwah tanpa mengaitkan dengan apa-apa gelaran.

”Tiada lagi PU Syed di Instagram (IG) ni ya, lepas ni di Facebook (FB) pun sama.

”Ambe (saya) gunakan nama ambe sendiri, ambe rasa lebih mudah untuk jalankan kerja dakwah, mengajak dan menegur tanpa kaitkan dengan gelaran atau apa-apa jawatan,” katanya.

Syed Bakri berkongsi perkara tersebut di akaun IG miliknya.

Pun begitu, Syed Bakri berkata dia bersyukur selama lima tahun menggunakan gelaran itu dia melalui pelbagai pengalaman suka duka.

”Alhamdulilah , hampir 5 tahun letak 2 huruf di depan iaitu PU, banyak suka duka yang ambe dapat.

”Insya-Allah selepas ini panggil ambe Syed Bakri ya, ambe baru nak mula kehidupan yang baru,” katanya lagi.

Tiada lagi PU Syed di IG ni yer, lepas ni di FB pun sama Ambe gunakan nama ambe sendiri, ambe rasa lebih mudah utk jalankan kerja dakwah, mengajak dan menegur tanpa kaitkan dgn gelaran atau apa2 jawatan Alhamdulillah, hampir 5 tahun letak 2 huruf didepan iaitu PU, byk suka duka yg ambe dapat InsyaAllah pahni panggil ambe Syed Bakri yer, ambe baru nak start kehidupan yg baru Saudaramu Syed Mohd Bakri alYahya

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahya) on