Pelakon Fizo Omar tidak menolak gossip dikaitkan dengan aktres Azar Azmi dan mengakui sedang berkawan rapat.

"Ramai yang kaitkan kami dan mengusik. Apa yang boleh saya kata, kami memang berkawan rapat dan dia adalah kawan yang baik. Saya pernah gagal dalam perkahwinan dan dia pun pernah putus tunang.

"Jadi, kami tak pernah berbincang mengenai hubungan cinta buat masa sekarang. Jika ada jodoh, saya terima. Kadang-kadang, tak perlu bercinta bagai nak rak pun, tapi kalau jodohnya kuat, menjadi juga" katanya.

Tambah Fizo lagi dia tidak menolak sekiranya ada jodoh untuk berumah tangga lagi, tetapi masih belum ada calon pengganti.

"Namun, buat masa sekarang, belum ada pengganti dan saya pun tak terfikir ke arah itu (berkahwin). Tapi, saya sentiasa bersedia dan bila-bila masa saja, kalau jodoh sudah sampai, saya tidak menolak.

"Usia saya pun dah masuk 35 tahun. Jadi, kalau ada jodoh, saya nak percepatkan dan jika boleh, biarlah orang itu memahami kerja dan sentiasa menyokong saya," katanya.

Selain soal jodoh, Fizo turut berkongsi pengalaman pertama menjalani Ramadan selepas bercerai dengan bekas isterinya, Mawar Abdul Karim pada Julai tahun lalu.

Katanya, tidak banyak perubahan dirasakan pun memandangkan dia masih ada ibu yang sentiasa menemaninya.

"Sebelum berkahwin pun, ibu saya memang tinggal bersama. Jadi, tak banyak perbezaan. Cuma, sebelum ini ada isteri, tapi sekarang dah tiada. Namun, Ramadan saya okay saja," ujarnya.

Tambah Fizo, dia bagaimanapun rindukan anak perempuannya, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

"Yang paling terasa adalah kerinduan pada anak saya. Tapi, Alhamdulillah, setiap dua minggu saya dapat berjumpa dengannya dan sedikit sebanyak, itu dapat mengubat rindu," katanya kepada Harian Metro.

Sumber: Harian Metro