Pengarah drama Bukan Gadis Biasa, Azman Yahya atau Jinggo tampil menyatakan pendiriannya memilih Sheila Rusly untuk disolekkan menjadi watak wanita berumur 80-an.

Jelas Jinggo, daripada sudut teknikal, wanita berusia 50 tahun lebih mudah disolek menjadi watak 80 tahun berbanding sebaliknya.

"Kalau bagi opah betul-betul dah dua, kalau watak nak jadikan 50-an boleh make up kan ke?

"Tapi kalau umur 50-an, agak mudah kita make up jadi 80-an," jelasnya menjawab soalan yang diajukan tentang relevan menjadikan pelakon lebih tua daripada usia sebenar.

Bukan senang nak senang - Opah Aminah ? SFX @nissakhanmakeup #bukangadisbiasa #opahaminah #jspictures #tv3malaysia #sentiasabersyukur #alhamdulillah

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on


Tambah Jinggo lagi, pihaknya bimbang pelakon berusia akan kepenatan memandangkan babak yang dipegang karakter Opah Aminah itu bukannya sedikit.

"Datang set pagi hari dan balik lewat, atau mungkin dia akan tertidur di petang hari kerana kepenatan.

"Mesti ada sebab kenapa watak itu tak diberikan kepada pelakon veteran, kalau boleh mesti kita kasi.

"Pelakon veteran boleh diberikan kepada mereka jika tak banyak babak, kalau banyak bukan tak boleh tapi kasihan kepada pelakon veteran kita. Kalau membabitkan 7 hari ke bawah.

Jinggo memberikan contoh situasi yang mungkin terjadi apabila seseorang pelakon itu gagal menghafal dialog yang banyak.

"Contoh dalam satu babak ada 5 pelakon, bila dah letih opah selalunya akan lupa dialog.

"Kalau sekali tak apa, tapi kalau berkali-kali lupa semua pelakon jadi letih juga termasuk sema kru yang terlibat," katanya.



Drama Bukan Gadis Biasa lakonan Ayda Jebat, Remy Ishak dan Sheila Rusly menjadi buah mulut ramai apabila ada yang tidak berpuas hati dengan kesan solekan watak Opah Aminah yang tidak nampak semulajadi.

Malah, ada yang mempertikaikan pemilihan pelakon untuk dituakan berbanding mengambil pelakon veteran.