Jika sebelum ini viral mengenai rawatan COVID-19 yang dilakukan di dalam botol, namun kini muncul satu lagi fahaman baru menggunakan gelang.

Video seorang wanita yang sedang mempromosikan produk gelang tersebut viral sejak kelmarin.

Apa yang menjadi persoalan bukanlah gelang berkenaan, namun dakwaan yang mengatakan ia mampu melindungi manusia daripada ancaman COVID-19 telah mencetuskan tanda tanya.

Perkara itu dijelaskan menerusi video berdurasi 1.55 minit tersebut.

"Baru dua hari di pasaran.

"Masa COVID-19 ni ramai yang malas makan vitamin tambahan, cara penyelesaiannya lekatkan saja gelang ni dekat tangan.

"Supaya jauh daripada Koronavirus.

"The best protection untuk cegah COVID-19," katanya.

Video berkenaan kemudian menjadi kontroversi apabila dakwaan tersebut disifatkan agak keterlaluan oleh netizen.

Ada yang menganggap ia cubaan untuk mengaut keuntungan 'atas angin'.

Tidak kurang juga yang menggelarnya sebagai 'scammer'.

Anda boleh lihat video penuh berkenaan di bawah.



BACA : Kurung COVID-19 Guna Botol? Kaedah Perubatan Ini Cetus Tanda Tanya!