Kenangan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pasti tidak akan dilupakan oleh masyarakat kerana keuniknya disambut dalam suasana normal baharu.
Meskipun kegembiraan menyambut Aidilfitri hampir sama seperti tahun-tahun sebelumnya, namun ada juga yang perlu berkorban jiwa dan raga demi tugas untuk negara.
Begitu juga dengan Zaid dan Hisyam yang perlu bekerja pada malam raya untuk menghantar jenazah.
Kisah mereka ini dirakam dalam filem raya berjudul ‘Syif Malam Raya’z
Syif Malam Raya adalah sebuah filem raya komedi yang disuntik elemen seram dan ia merupakan filem tempatan kedua yang awalnya dirancang untuk tayangan di pawagam.
Namun begitu oleh kerana lanjutan dari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), filem ini di bawa terus ke pawagam rumah anda, menerusi saluran Astro First.
Astro Shaw dengan bangganya membawakan sebuah filem raya terbitan Ray Theme dan edaran United Studios untuk tatapan penonton Astro di Hari Lebaran nanti.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios dan selaku Penerbit filem Syif Malam Raya, Dato’ Norman Abdul Halim, industri perfileman tempatan harus berdepan dengan keadaan realiti semasa dan ketidak-tentuan tarikh mula pawagam untuk kembali beroperasi.
“Pihak kami amat bernasib baik kerana Syif Malam Raya dipilih untuk mula tayangan di Astro First beberapa hari sebelum Hari Raya.
“Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Astro yang bertindak begitu pantas dalam menyediakan ruang alternatif buat kami penggiat seni, sekaligus memainkan peranan penting dalam menyelamatkan industri perfileman tempatan,” ujarnya.
Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan lanjutan daripada PKPB, masyarakat tidak dapat pulang ke kampung menjelang Hari Raya dan Astro Shaw terus memainkan peranannya dalam mengutamakan penonton Astro dengan menghidangkan konten-konten segar dan sesuai untuk tontonan sekeluarga.
“Sejajar dengan seruan Kerajaan yang membenarkan rakyat Malaysia meraikan sambutan Aidilfitri pada hari pertama sahaja dan terbatas dengan SOP daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kami yakin Hari Raya masih boleh disambut dengan meriah menerusi inovasi dan kreativiti baharu yang dicipta.
“Selepas sambutan positif dan kini menjadi filem nombor 1 paling tinggi sewaan di Astro First, filem ‘Manap Karaoke’ yang ditayangkan pada awal Mei lalu membuktikan penonton mula menerima suasana baru menonton filem terus di pawagam rumah mereka.
“Justeru itu, khas untuk bulan Syawal akan datang ini, Astro Shaw meneruskan inovasi baharu tersebut dengan mempersembahkan sebuah lagi filem, edisi istimewa Raya, yang bertepatan dengan tema raya Astro ‘Jarak akan menguatkan kita, untuk esok yang lebih bermakna’, di mana Syif Malam Raya mempunyai elemen penghayatan yang cukup mendalam tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri – dengan memberi penekanan bahawa tidak kira di mana sahaja kita berada, jalinan masih tetap dapat dieratkan dan kekal utuh.
“Kami berharap agar filem ini mampu mengisi Hari Lebaran penonton dengan senyuman walaupun berjarak tempat,” jelasnya.
Syif Malam Raya menampilkan barisan pelakon popular seperti juara Maharaja Lawak Mega 2014, kumpulan Zero iaitu Atu, Sharif dan Syaiful, bintang media sosial, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Syahmi Sazly, pelawak terkenal Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, serta pelakon handal Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia dan Shiela Mambo.
Menariknya, Ini adalah penampilan pertama Selebriti Youtube Yoe Parey, Asif Suhaimi dan Syahmi Sazly di dalam filem.
Menerusi treler filem yang dikongsi di laman media sosial, rata-rata komen
menyatakan tidak sabar untuk menyaksikan gandingan calon kategori ‘Influncer MeleTOP Anugerah MeleTOP ERA 2020’ bersama pelakon-pelakon hebat tanah air.
Sinopsis:
Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.
“Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka. Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.
Manakala, mood raya lebih dirasai dengan lagu raya yang diselitkan di dalam filem. Lagu tema utama bertajuk Raya Online, nyanyian kumpulan Zero & Kengkawan, komposer oleh Azmeer dan Lirik oleh Senibayan.
Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 21 Mei 2020.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Mya Amri
Fri May 15 2020
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.