Bekas isteri Da'i Farhan, Noorainul Naqim Mohd. Radzi mengakui bahawa dia dan bekas suami tidak pernah lagi berhubung selepas diceraikan biarpun dirinya kini sedang mengandung anak hasil perkahwinan mereka.
Bahkan, ahli perniagaan yang dikenali dengan panggilan Dr. Erin itu memberitahu, dia juga sudah menyekat nombor telefon bekas suaminya itu.
"Saya dah block ustaz. Saya tak nak ada apa-apa lagi sama ada saya dihubungi atau saya menghubunginya.
"Jadi, bila saya sekat nombor telefon, fikiran saya jadi lebih tenang. Kalau saya tak block, fikiran saya nanti jadi tak tenang fikir macam-macam. Sekarang ni saya lebih gembira dengan kehidupan.
"Biarlah saya sekat ustaz terus. Lagipun saya sudah tidak mahu dikaitkan dengan dirinya lagi," katanya ketika dihubungi Gempak.
Menurut Dr. Erin lagi, bekas suaminya itu ada menyatakan hasrat untuk bertemu selepas anak dalam kandungannya itu lahir.
"Dia ada cakap nanti lepas lahir nak jumpa baby. Bila dia cakap begitu, memang tak lah saya nak bagi dia jumpa dengan baby ini," katanya.
Begitupun, menurut Dr. Erin, barang-barang peribadi Da'i Farhan masih ada di rumahnya lagi.
"Dia berada di Kelantan lepas keluar dari rumah. Sekarang pula PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Mungkin lepas habis PKP baru dia ambil barang-barangnya semua," katanya.
Ujarnya lagi, biarpun hubungan tersebut bertahan hanya beberapa bulan sahaja, namun, dia mengakui hidupnya kini lebih tenang.
"Cumanya tolonglah henti kaitkan saya dengan ustaz lagi. Saya ini bukan selebriti. Kalau dulu mungkin saya isteri ustaz, sekarang ni saya bukan isteri sesiapa lagi," pintanya.
Terdahulu, Dr. Erin mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan dirinya sudah diceraikan pada April lalu selepas enam bulan berkahwin.
BACA: "Perceraian Ini Saya Yang Minta Sebab Dah Penat Dengan Episod ..." - Rumah Tangga Dai' Farhan & Dr Erin Kini Berakhir
Sebelum kisah perceraian itu, Dr. Erin turut memaklumkan dirinya hamil dan dijangka bersalin awal tahun depan.
BACA: "Terima Kasih Sebab Bagi Semua Kena Kuarantin Ada Kebaikan Juga .." - Isteri Dai' Farhan Umum Sedang Hamil Baby PKP
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
ZULHILMI JALIL
Sun May 17 2020
Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.