Penyanyi Mark Adam mengimbau kenangan ketika dirinya menjuarai pertandingan nyanyian ketika berusia 12 tahun di Cebu, Filipina.

Perkara itu dikongsikan Mark menerusi satu keping gambar lama pada 1991 yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Gambar ni umur saya 12 tahun selepas menjadi pemenang juara pertandingan menyanyi TV9 di Cebu, Filipina dan itulah baju saya paling gempak masa tu.

"Dulu-dulu pertandingan menyanyi tiada kategori semua orang tua dan budak-budak masuk sekali bertanding, tapi seorang kena menang empat kali dalam sebulan supaya boleh masuk ke final, pertandingan berlangsung sekali seminggu dan saya berjaya menang lima kali dan berjaya masuk ke final," katanya.

Gambar ni umur saya 12 tahun selepas menjaji pemenang juara pertandingan menyanyi tv9 di Cebu filipina dan itu lah baju saya paling gempak masa tu . Dulu dulu pertandingan menyanyi tiada kategori semua Orang tua dan budak2 masuk sekali bertanding, tapi seorang kena menang 4 kali dalam sebulan supayah boleh masuk ke final, pertandingan berlansung 1 kali seminggu dan saya berjaya menang 5 kali dan berjaya masuk ke final . Hadiah Juara masa tu adalah trofy dan duit 2500 Peso kalau dalam duit Malaysia RM200, itu tahun 1991 . Ayah tanya saya “awak nak buat apa dengan duit ni? saya tanya “mak nak apa?! mak mintak tv so esok kemudian ayah beli tv! Mak saya memang suka tv dari dulu sampai sekarang!!! . Cita cita menjadi seorang penghibur!!! Alhamdulillah...

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on


Ceritanya lagi ketika itu dia berjaya membawa pulang wang tunai 2,500 Peso hasil kemenangannya.

Dengan wang hasil kemenangan itu jugalah, dia membelikan televisyen buat ibunya di rumah.

"Hadiah juara masa tu adalah trofi dan duit 2500 Peso kalau dalam duit Malaysia RM200, itu tahun 1991," katanya

"Ayah tanya saya 'awak nak buat apa dengan duit ni? saya tanya 'mak nak apa?! mak minta TV, jadi esoknya ayah beli TV! Mak saya memang suka TV dari dulu sampai sekarang!," kongsi pelantun lagu hit Pencuri itu.



Mark merupakan artis kelahiran Filipina yang berhijrah ke negara ini pada 2001 demi mencari peluang pekerjaan.

Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan Nor Azah Redzuan pada 2003 yang juga merupakan pengurusnya.

Saksikan program yang menampilkan Mark Adam di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!