Pada musim pandemik COVID-19 ini macam-macam idea kreatif keluar.

Baik individu mahupun peniaga, masing-masing mengambil peluang mencurahkan idea unik berkaitan COVID-19.

Terbaru, sekeping gambar memaparkan beg tangan yang direka seperti penutup muka atau mask telah viral di media sosial.

Gambar berkenaan mencuri tumpuan selepas ia dimuat naik oleh pemilik Instagram Percetakankain yang berpangkalan di Indonesia.

Namun, apa yang melucukan adalah saiz beg berkenaan adalah dua kali ganda dari beg normal.

Rata-rata netizen menganggap rekaan berkenaan sangat menarik dan sangat sesuai digayakan dengan situasi sekarang.

Malah, saiznya yang besar membolehkan banyak barang disimpan.

Dalam pada itu, pemantauan Gempak di ruang komen mendapati beg tersebut bukan hanya menarik minat pengguna di Indonesia, malah warga Malaysia dan Singapura juga tidak sabar untuk membuat tempahan.

Difahamkan, beg tersebut boleh ditempah sejak 18 Mei lalu dan jualan akan bermula 26 Mei.

Melihat pada situasi sekarang tidak mustahil fesyen 'mask' ini menjadi trend untuk tahun 2020.