Isteri pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam berkongsi berita gembira apabila dirinya berjaya khatam al-Quran pada bulan Ramadan.

Menurut Nelissa, ia merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna memandangkan kali terakhir dirinya menghabiskan bacaan al-Quran ketika usianya masih muda.

"Ya, saya mula membaca al-Quran dari hari pertama Ramadan lagi. Pada mulanya, saya hanya menghabiskan 20 muka surat sehari. 10 muka surat dibaca pada waktu pagi, 10 muka surat lagi dibaca pada sebelah malam.

"Bagaimanapun, kemudian lama-lama setiap hari jumlahnya meningkat. Akhirnya saya membaca sehingga 40 hingga 50 muka surat sehari," katanya ketika dihubungi Gempak.

Menurut Nelissa lagi, dia berjaya menghabiskan khatam awal pagi tadi.

"Alhamdulillah, malam tadi saya khatam pada pukul 2 pagi," ceritanya.

Terdahulu, Nelissa turut berkongsi berita mengenai kejayaannya memanfaatkan bulan Ramadan dengan mengkhatam al-Quran menerusi satu posting di Instagram.

Today, I managed to khatam the Al Quran. Alhamdulillah I did it within the month of Ramadan. This is so huge for me because the last time I khatam was the first time I ever khatam, which happened when I was very young (I barely remember it). ⁣ ⁣ This Ramadan has been hands down the best one I have experienced. It has been so special with my son by my side and spending time with my family. This MCO has truly been a blessing for me. All the excuses I had in my book previously was no longer valid. It was time to self reflect and reconnect with my faith. ⁣ ⁣ Im so very grateful and I hope this is a new tradition that I can practice for every Ramadan I’m blessed to experience. ?? ⁣ ⁣ (I was a little hesitant to share this on here because as most of you know, social media allows for a lot of judgement especially when it comes to matters of faith and religion. I also rarely ever share this side of me. But this is a moment I’m most definitely proud of and it’s one I would like to document and remember on my platform.)

A post shared by Nelissa Nezam (@nelissanezam) on


Sebelum ini, pelakon Nora Danish turut berkongsi pengalaman manisnya apabila berjaya khatam al-Quran di bulan Ramadan.

BACA: "Sedekahkan Pada Arwah Papa..." - Sebak! Nora Danish Menangis Teresak-Esak Berjaya Khatam Al-Quran

Nelissa mendirikan rumah tangga dengan aktor Ammar Alfian pada 6 Mac 2016. Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Kyro Shakur.

Bagaimanapun, pada Mac lalu, Nelissa dilaporkan sudah memfailkan perceraian pada awal tahun dan ia masih dalam proses.

BACA: Isteri Ammar Alfian Failkan Cerai, Nekad Dapatkan Hak Penjagaan Anak

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!