Pengurus kepada pelakon kontroversi Muhammad Shah Radhi Hazvee, Leana Sharif menepis dakwaan mengenai isu aktor tersebut bersama bekas pengurusnya seperti yang dihebahkan.

Menurut Leana, dia tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut buat sementara waktu memandangkan kes ini masih dalam siasatan pihak polis.

"Untuk kes Shah Hazvee ni ya... Memang dia direman malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. Sekarang, kes ini dalam siasatan polis.

"Jadi saya tak boleh keluarkan sebarang kenyataan sebab ia akan mengganggu kerja pihak polis.

"Apa yang boleh saya beritahu ialah Shah Hazvee larikan isteri orang itu adalah tidak benar dan bercanggah," katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada Gempak malam tadi.



Tambah Leana, pelakon drama Monalisa itu dijangka akan dibebaskan pada hari ini.

"Sepatutnya dia direman empat hari. Insya-Allah hari ini dia akan dibebaskan," katanya lagi.

Semalam kecoh pelakon lelaki berusia 23 tahun ditahan polis selepas didakwa menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.