Foto pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dilihat seorang diri di Aidilfitri baru-baru ini, menimbulkan pelbagai tanda tanya netizen.

Foto seorang diri yang di muat naik ke akaun Instagram Laudya dan ia diiringi dengan ucapan ringkas hari raya.

“Selamat Hari Raya dari saya dan tas kesayangan serta skaf,” katanya.

Entri itu dimuat naiknya dua hari lalu.

Rata-rata mempersoalkan mengapa dia tidak menyambutnya bersama keluarga dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Malah ada juga yang menanyakan adakah benar desas-desus mengatakan bahawa dia dan suami sudah bercerai.

“Dah tiada foto bersama suami, benarkah beritanya sudah bercerai?

“Tak sambut lebaran bersama suami?

“Lebaran tapi foto tidak bersama suami?” komen antara pengikutnya.

Terdahulu, timbul tanda tanya mengenai status perkahwinan mereka selepas Laudya memadamkan semua fotonya bersama suami. Namun tiada kenyataan rasmi dari pasangan ini untuk mengesahkan berita tersebut.

Terdahulu, Emran dan Laudya mendirikan rumah tangga pada September 2017.

Sebelum itu, Emran pernah menikahi aktres Erra Fazira pada tahun 2007 namun berpisah pada tahun 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya pada 30 Mac 2009.

Happy EID from ours (me and my favorite bag and scarf @coach) to yours✨ . . #CoachIndonesia #CoachNY @kanmogroup.fashion

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on