Pelakon Azza Elite meluahkan rasa kesal apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan namanya di sebuah aplikasi media sosial.

Bahkan, menurut Azza individu tersebut turut menggunakan foto pelanggannya dipercayai untuk tujuan yang salah.

"Itu scammer tu. Saya pun nak suruh peminat saya semak sama ada dia dah turunkan ke belum. Saya bagi tempoh masa 24 jam.

"Jika tidak saya akan buat laporan polis sebab dia menggunakan nama saya," katanya ketika dihubungi Gempak.

Katanya tindakan tegas perlu diambil kepada pihak yang sewenang-wenangnya menyalahgunakan maklumat peribadi orang lain.

"Ye dia guna nama sahaja, tapi biar kena ajar. Jangan suka-suka guna nama orang," katanya.



Terdahulu, Azza menerusi posting di Instagram mendakwa terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya Azza Elite di akaun MiChat.

nak kena libas ke!? saya bagi tempoh 24 jam ! pada org yg suka menyamar jadi org lain ni ko x da kerja ka? nama saya muka adik @_salinasaibi_ @aerinsaibi suka hati ambil gambo customer tudung bidadari dan di campur aduk dgn gambo tk senonoh! berani ko ek.. geram kekza nih? ni kakak nk bg tahu !! michat ni apo? pada yg create acc ni u better watch out! . polis kita hebat ! ingat sikit ya . . sian manusia ni.. x da kerja lain ! awas ko turun kan atau delete gambo ini dlm tempoh 24 jam

A post shared by Azzaelite❤️jadaqueen0174748991 (@azzaelite) on


Bahkan, akaun tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti tidak bermoral apabila memaparkan profil akaun sebagai 'sugar mummy agent'.

Difahamkan, individu tersebut juga menggunakan gambar Aerin Saibi iaitu adik kepada pelakon Gerak Khas, Salina Saibi.

Bagaimanapun, hasil semakan terbaru, difahamkan akaun tersebut dipercayai sudah dipadam apabila gagal dikesan.

Saksikan program yang menampilkan Azza Elite di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!