Hubungan cinta selebriti media sosial, Ameera Khan dan kekasihnya, FD Idzham dikatakan putus di tengah jalan.

Pengakuan itu dibuat sendiri oleh Idzham menerusi ruangan Instagram Stories miliknya yang dikongsi pada Sabtu lalu.

Idzham berharap agar selepas ini tidak ada lagi orang yang menghubunginya untuk bertanya hal berkaitan Ameera.

"Tolong, jangan menghubungi saya jika ada hal berkaitan dengan @littlemisskhan lagi," tulisnya secara ringkas.

Tambah Idzham, dia mendakwa Ameera sudah mempunyai teman pengganti yang baru.

"Dia mempunyai teman lelaki baru, sila hubungi dia," tulisnya lagi.

Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram Stories miliknya yang disertakan dengan foto Ameera.

Menerusi pemerhatian Gempak, Ameera dan Idzham sudah tidak saling mengikuti (following) di IG dan bertindak memadam foto mereka bersama.



Terdahulu, nama Ameera menjadi bualan ramai selepas tidak sengaja mendedahkan dia dan pasangan kini sudah tinggal bersama.

BACA: Sambut Hari Jadi Tanpa Penjarakan Sosial, Adik Neelofa Kantoi Cakap Tinggal Sebumbung Dengan Pasangan?

Pada bulan Mei lalu, Ameera dan Idzham baru sahaja menyambut ulang tahun hubungan mereka.

Walaubagaimanapun, Ameera meluahkan rasa tidak puas hati dengan servis sebuah kedai bunga selepas pesanan yang dibuatnya gagal ditunaikan.

BACA: "Saya Minta Sejambak Bunga Berbentuk Hati" - Ameera Khan