Selepas mendapat perhatian seluruh dunia gara-gara mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, akaun Instagram bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James sudah tidak mempunyai logo 'verified badge' lagi.

Difahamkan, logo tersebut sudah tidak berada pada namanya sejak awal pagi tadi.

'Verified badge' merupakan logo berwarna biru yang diletakkan pada hujung nama pemilik akaun.

Ia merupakan satu bentuk pengesahan identiti bahawa akaun tersebut merupakan akaun sah yang lazimnya diberikan kepada figura umum, selebriti, individu berpengaruh dan jenama.

Perkara itu turut dikongsikan beberapa pengguna laman sosial yang seolah-olah menyambut baik 'tindakan' berkenaan yang diambil Instagram.

Oowww makcik ignya ada yang berubah, tapi apose ya? Cuss bisikin ayy???

A post shared by O-JO-E-MO-SHI (@cirolwimin) on


Instagram ????? .. ... Follow @chapati.memes . . . . . . #blacklove #blacklivesmatter #blacklivesmatter #malaysianmemes #malaysia #chapatimemes #notoracism #notobullying #racism #blacklove

A post shared by ČHÀPÂŤÏ MÉMÉŚ (@chapati.memes) on









Bahkan, akaun Instagram yang mempunyai lebih 167,000 pengikut itu juga berterusan dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen.

Sehingga kini, hampir 60,000 komen ditinggalkan pada posting terakhir yang dimuat naik Samantha dua hari lalu.



Rata-rata mereka meminta agar orang ramai membuat laporan ke atas akaun tersebut kepada Instagram.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang menggesa agar akaun Instagram miliknya itu ditutup.





Terdahulu, Samantha dikatakan mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman apabila menyentuh isu bangsa kulit gelap di Amerika Syarikat.

Kenyataannya itu menyebabkan dia mendapat perhatian seluruh dunia yang mengecam tindakannya.

BACA: “To The Black People.. Relax” - Dilabel Amal Sikap Perkauman, Ramai Mahu Gelaran Bekas Miss Universe Malaysia Dilucutkan!

Samantha pernah mewakili Malaysia di pertandingan ratu cantik Miss Universe 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!