Penyanyi Tasha Manshahar berkongsi perkembangan anak sulungnya, Muammar Rafiqi yang bakal menginjak usia genap setahun pada 21 Jun ini.

Menurut pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu, anaknya itu kini sudah masuk ke fasa tidak mahu lagi disuap dan enggan makan seperti biasa.

"Muammar dah masuk fasa tak nak makan sangat. Makan dua tiga suap lepas tu tak nak dah, tapi aktif dia ya rabbi. Namun, tanpa gagal, tetap juga mommy sediakan makanan untuk dia setiap hari walaupun hujung-hujung banyak buang je.

"Bubur, nasi lembik, pasta dia tak berminat sangat dah. Tapi bila bagi nasi impit dia selera pula. Tu pun dia tak nak orang suap ya! Dia nak makan sendiri," katanya.

Begitupun, menurut Tasha, ia merupakan satu fasa perkembangan normal yang sering berlaku bagi seorang bayi.

"Fasa anak ni memang akan berubah-ubah. Sebab secara fizikal dan mental diorang pun berubah ikut peredaran masa. Jadi, ya normallah selera dorang berubah, akal pun makin banyak," katanya.



Begitupun, katanya, sebagai ibu dia perlu memainkan peranan untuk mempraktikkan cara betul dalam mengajar anak kecil makan sendiri.

"Nasi impit mini tu belah empat, isi ikan tu dah carik. Ikan dia ada dalam mangkuk lain. Ni antara teknik ibu-ibu boleh cuba untuk ajar anak makan sendiri.

"Jangan letak banyak-banyak. Letak satu-satu, jadi diorang akan fokus untuk kutip dan suap dalam mulut daripada main-main je dengan makanan tu.

"Awal-awal ibu-ibu kena buat demonstrasi dulu tau. Sudah pasti ia mengambil masa dan selalu kena praktis," katanya yang turut berkongsi video menerusi satu entri di Instagram.

Muammar dah masuk fasa taknak makan sangat. Makan 2 3 suap pastu taknak dah. Tapi aktif dia ya rabbiiii. But without failed, tetap jugak mommy prepare makanan untuk dia setiap hari walaupun end up byk buang je. Porridge, nasi lembik, pasta, dia tak interested sgt dah. Tapi, bila bagi nasi impit dia selera pulak. Pastu kita carikkan siap-siap lauk dia. Tu pun dia taknak org suap ya! Dia nak makan sendiri. Bila makan sendiri tu tahu jelah kan, byklah kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan selepas tu ?Mommy layankan je asal Muammar nak makan. (Jangan risau, ada je resipi kari untuk baby ?) oh ye, yg dalam video ni nasi impit mini tu belah 4, isi ikan tu dah carik. Ikan dia ada dalam mangkuk lain. Ni antara teknik mommies boleh cuba utk ajar anak makan sendiri. Jgn letak byk2. Letak satu2, so dorg akan fokus utk kutip dan suap dlm mulut instead of main2 je dgn makanan tu. Awal-awal mommies kena demonstrate dulu tau. And of course it takes time and kena selalu practice _ Sehari dua ni bila mommy dah tahu Muammar nak makan macam mana, baru nampak Muammar enjoy makan mcm sebelum-sebelum ni. #muammarmakan _ Fasa anak ni mmg akan berubah-ubah. Sebab physically, mentally dorg pun berubah ikut peredaran masa. So yes normal la selera dorg berubah, akal pun makin byk ? Kita doa anak kita sentiasa mudah diuruskan atau doa supaya kita sebagai ibubapa mudah faham dan adapt dengan perubahan anak, supaya kita dapat beri yg terbaik, mereka pun membesar dgn cara terbaik. Aamiin. _ Tak lama lagi Muammar nak happy birthday dahhhh. Mommy masih confused dengan perasaan sendiri, nak happy ke nak sad ?♥️ Ada tak friend Muammar dekat sini yang birthday bulan Jun? ?✨

A post shared by @ tashamanshahar on


Tasha mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Raqib Majid pada 8 September 2018.

Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan anak sulung, Muammar Rafiqi pada 21 Jun 2019.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!