Lebih kurang seminggu lagi, program realiti nyanyian terbaharu, Suara Viral bakal menemui penonton.

Apa yang mengujakan 10 peserta yang bakal berentap di pentas Suara Viral nanti masing-masing datang daripada pelbagai latar belakang.

Begitupun, mereka semua berdiri atas minat dan kecintaan yang sama dalam dunia nyanyian.

Daripada lebih 200 peserta yang menghadiri uji bakat, mereka inilah insan terpilih yang bakal menjadi pelapis sekaligus mewarnai industri muzik tanah air kelak.

Jom, sama-sama kita kenali lebih dekat lagi 10 peserta yang bakal berentap selama 8 minggu bermula 17 Jun ini, bagi merebut gelaran juara Suara Viral.


#1 BOBBY


Nama sebenar: Ahmad Anis Aznan Kamil
Pekerjaan: Rider
Umur: 32 tahun
Instagram: @bobbyanis88
Facebook: Ahmad Anis
Info: memiliki suara baritone, meminati genre klasikal dan penyanyi idolanaya adalah Luciana Pavarotti


#2 BELLA


Nama sebenar: Nabilah Mohammad
Pekerjaan: Eksekutif Perhubungan Awam
Umur: 31 tahun
Instagram: @bellamohd_1
Facebook: Nabila Mohd
Info: Berkebolehan menyanyikan lagu irama tradisional Melayu seperti keroncong, joget, irama rakyat dan lain-lain.


#3 BOY


Nama sebenar: Mohd. Firdaus Mahadzir
Pekerjaan: Krew Teknikal Audio
Umur: 32 tahun
Instagram: @boybach
Facebook: Boy Bach
Info: Bersuara serak basah, gemar menyanyi dan aktiviti lasak. Seorang yang sering melatah dan suka memasak.


#4 JERRY


Nama penuh: Zamari Zakaria
Pekerjaan: Setiausaha Pertahanan Awam
Umur: 36 tahun
Instagram: @jerry.zakaria_official
Info: Boleh menyanyikan lagu moden dalam rentak tradisional. Suka bergurau dan sering digelar 'Pak Lawak'


#5 SOFFWANY


Nama penuh: Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff
Pekerjaan: Koperal Pemerhati Udara, Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Umur: 31 tahun
Instagram: @soffwany.yusoff
Facebook: Soffwany Yusoff
Info: Video nyanyiannya bersama iringan kombo PDRM tular dan dikenali sebagai 'akak polis cantik' dalam kalangan netizen.


#6 AZRUL


Nama penuh: Mohd Azrul Bohari
Pekerjaan: Pegawai Lalu Lintas Pembinaan
Umur: 38 tahun
Instagram: @azrul_sv
Facebook: Roy Sung
Info: Pernah terlibat dalam koir Hazami untuk album Nyata dan sangat menggemari lagu-lagu rakyat.


#7 FARID


Nama penuh: Farid Othman
Pekerjaan: Jurutera Mekanikal
Umur: 30 tahun
Instagram: @farid.othm
Facebook: Farid Othman
Info: Graduan kejuruteraan serta fasih berbahasa Perancis, boleh bermain alat muzik seperti gitar dan saxophone


#8 SULASTRIE


Nama penuh: Dian Sulastrie Abdul Fattah
Pekerjaan: Koperal French Horn, PDRM
Umur: 39 tahun
Instagram: @sulastrie_suarnie
Info: Boleh menyanyi dalam pelbagai bahasa seperti Mandarin, Tagalog, Thailand, dan Hindustan


#9 AMEEM


Nama penuh: Abdul Hamim Haji Sulaiman
Pekerjaan: Eksekutif Pemasaran Agensi Pelancongan
Umur: 32 tahun
Instagram: @hamim.official_
Facebook: Ameem Abdul
Info: Meminati muzik sejak kecil dan mempunyai Ijazah Muzik dalam bidang vokal dari Universiti Malaya.


#10 FARAH


Nama penuh: Farah Noorasikin Abdul Rahim
Pekerjaan: Lans Koperal Angkatan Tentera Malaysia
Umur: 32 tahun
Instagram: @farahnoorasikin
Facebook: Farah C-kin
Info: Penyanyi sepenuh masa dan berbakat dalam bidang tarian seperti Mak Yong dan tarian tradisional yang lain.


Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bakal bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun ini, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Selain itu, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang bermula 15 Jun ini.

Penonton juga serta boleh menyaksikan program yang dibawakan tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.