Bintang filem Ada Apa Dengan Dosa, Fasha Sandha mengakui tidak sempat untuk membeli barangan persiapan untuk menyambut cahaya matanya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Jelas Fasha, dia bakal memakaikan semua anak perempuannya itu nanti dengan baju Putri Raysha Jemyma ketika masih bayi lima tahun lalu.

"Untuk persiapan baby sebenarnya tiada persiapan pun lagi dan tak sempat beli baru sebab tak boleh keluar rumah.

"Memandangkan baju Jemyma dulu-dulu masih boleh pakai lagi, saya pakaikan balik nanti," katanya yang masih menyimpan baju-baju anak perempuannya itu sebagai tanda kenangan.

Ujar Fasha lagi, suaminya, Aidil Aziz lebih teruja untuk menyambut cahaya mata pertama mereka.

"Sudah tentu Aidil lebih teruja kerana ini anak pertamanya tetapi kami berdua gembira menantikan kelahiran cahaya mata ini," tambahnya.

Selepas mendirikan perkahwinan bersama Aidil sekitar Mac tahun lalu, Fasha mengalami dua kali keguguran sebelum disahkan hamil semula.

Sementara itu, Fasha turut berkongsi rasa gembiranya atas sambutan luar biasa penonton Ada Apa Dengan Dosa.

"Dalam filem itu saya melakonkan watak Siti Zaharah yang dihantui dosa-dosa silamnya dan menjadi karakter penggerak kepada filem ini.

"Watak itu banyak memberikan pengajaran terutama impak kehidupan kita sekarang akan tindakan ketika zaman remaja tanpa berfikir panjang," tambah Fasha ketika ditemubual di Sinar FM.

Repost @sinar_my : @fashasandha merupakan salah seorang pelakon filem ADA APA DENGAN DOSA. Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton ADA APA DENGAN DOSA kini di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda! ##duosinar . Jangan menilai seseorang dari permulaannya, nilailah dari pengakhirannya. . @wannaali_ @hrisbismail @ashrafmuslim @fashasandha @adamcorrielee @rayyandino @fauziahnawi @bobbyrob1974 @Reginavereker @rahilaali9 @ayuputeh @alyah81 . #AdaApaDenganDosa #AADD #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Ada Apa Dengan Dosa mengisahkan kehidupan seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga freethinker bernama Aurora (Wanna Ali) yang mendapat tahu identiti sebenarnya dari keluarga beragama Islam.

Lebih mengejutkan apabila Aurora adalah seorang anak luar nikah hasil daripada keterlanjuran perbuatan seorang pendakwah dan ibu kandungnya.

Kesannya, Aurora hampir membunuh diri namun kehidupannya berubah selepas bertemu dengan Khalik (PU Riz).

Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.

Ada Apa Dengan Dosa telah mula ditayangkan di saluran Astro First (480) sejak 4 Jun.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Ada Apa Dengan Dosa selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Ada Apa Dengan Dosa, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.