Penyanyi Mila Jirin akui terpaksa mencari jalan lain untuk menampung pendapatan syarikat sekaligus gaji pekerjanya dengan menjual durian.

Menurut Mila ia merupakan salah satu inisiatifnya selepas perniagaan perkahwinan miliknya tidak dapat beroperasi kerana wabak COVID-19 yang melanda negara.

“Sebenarnya buat pertama kali dalam hidup ini, saya jual durian dari Balik Pulau, Pulau Pinang, Pahang dan Johor.

“Kenapa saya jual durian? Kerana syarikat saya yang menjalankan perkhidmatan majlis perkahwinan tidak dapat beroperasi buat masa sekarang kerana wabak COVID-19.

“Jadi, saya cuba terokai bidang baru ini. Alhamdulilah sambutan hangat dan terima kasih yang datang dan sanggup beratur untuk mendapatkan durian saya,” katanya.

Mila yang merupakan juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu berkata di dalam satu kenyataannya di dalam video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.

Menurut Mila ia juga salah satu cara untuk dia menampung gaji pekerja yang selama ini bekerja dengannya.

“Ini salah satu cara saya mempelbagaikan pendapatan syarikat, selain menjalankan perniagaan kek dan mengambil alih perniagaan makanan di sebuah restoran.

“Pekerja juga bergantung harap kepada kami kerana ia melibatkan pendapatan mereka.

“Saya kira ini rezeki pekerja saya juga selain menampung kos operiasi perniagaan saya selama ini,” katanya lagi.

Mila menjalankan perniagaan menjual duria tersebut di Putra Perdana, Puchong Selangor.

Mila kini merupakan usahawan berjaya dengan memiliki perniagaan pakej perkahwinan Bizmilla Catering serta beberapa perniagaan lain.

Apa yang nak di malukan? ya memang betul saya jual DURIAN ?

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on