Aktres jelita, Nur Fazura berkongsi foto menunjukkan dirinya yang kini sedang hamil enam bulan.

Dalam foto yang dikongsi menerusi Instagram itu, Fazura kelihatan bersahaja dengan solekan tipis dan mengenakan top selesa berwarma putih bersama jeans biru gelap.

"Month 6 and sunshine," tulis Fazura ringkas sebagai kapsyen.

Namun apa yang menarik perhatian adalah reaksi rakan-rakan industri dan para pengikutnya di ruangan komen.

Rata-rata mereka memuji mengatakan Fazura tetap kelihatan cantik dan berseri-seri.

"Glowing mommy!" tulis pendandan rambut Ckay Liow.

"Berseri dan cantik," tulis pereka fesyen dan pemilik jenama Innai Red, Izrin Ismail.

"Tahniah!" tulis pelakon Sean Lee.

month 6 and sunshine ☀️

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on


Terdahulu, Fazura mendirikan rumah tangga dengan aktor Fattah Amin pada 27 November 2017.

Pasangan ini juga mula mendedahkan berita gembira mengenai kehamilan itu pada pertengahan April lalu.