Pelakon dan pengacara popular, Neelofa mendermakan keseluruhan wang bayaran lakonan yang diterimanya bagi menjayakan telefilem berjudul 6 Hari.

Menurut Neelofa, 31, wang tersebut juga sudah diberikan kepada badan kebajikan untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan pada bulan Ramadan yang lalu.

"Kebetulan pada waktu itu, saya memang tak ada niat nak cari duit pun. Jadi, saya terdetik kalau apa-apa yang datang (tawaran) lepas ni, saya ikhlas nak buat nak beri (sedekahkan) sahaja.

"Sudah selesai diserahkan pun sumbangan itu. Saya lakukannya pada bulan puasa lagi," katanya kepada Gempak.

Trivia #6Hari. Scene-scene watak Linda lakonan Lofa semua melibatkan phone dan video call. Macam cara kita semua communicate lah time PKP! Bukan kerja office je boleh conference call, shooting pun boleh! Saksikan 6 HARI, sebuah telemovie penuh yang dibikin dalam tempoh PKP! Sinopsis ringkas Telemovie ‘6 HARI’: Suzi (Lisa Surihani) adalah isteri ketiga yang bahagia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang berjaya, Ismal (Aaron Aziz). Suzi tinggal bersendirian di sebuah banglo, kerana suaminya hanya pulang setiap 6 hari untuk menghabiskan masa dengan isteri-isteri yang lain. Semuanya kelihatan normal sehingga suatu hari bekas teman lelaki Suzi, Faizal (Yusry A. Halim) datang mengetuk pintu. Dibintangi pelakon-pelakon hebat @lisasurihani @yusryabdhalim @neelofa @aarondwiaziz TAYANGAN SERENTAK DI ASTRO RIA/RIA HD DAN CITRA/CITRA HD 13 JUN 2020, 9 MALAM #6Hari #DudukRumahChallenge #MCOShooting #StaySafe

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on


Menurut Neelofa lagi, penggambaran telefilem 6 Hari itu juga memberi satu pengalaman baharu buatnya kerana ia dijalankan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Saya rasa tak sukar kerana ia tak memerlukan komitmen untuk saya keluar rumah. Saya hanya shoot di dalam rumah sahaja. Saya berjaya selesaikan dalam tempoh satu jam sahaja.

"Lagipun, saya rasa kenapa tidak saya cuba sesuatu yang lain daripada kebiasaan kerana projek ini dibuat sendiri di rumah untuk ditayangkan di televisyen," katanya.

Menurut Neelofa, dalam naskhah tersebut dia memegang watak sebagai Linda iaitu sahabat kepada Suzi lakonan Lisa Surihani.

BACA: "Dia Tidur..Buka Puasa Pun Di Rumah Saya" - Yusry Terpaksa 'Kuarantin' Kru Selama 6 Hari Demi....

Tips menangi semula hati Ex-GF dalam masa 6 Hari oleh @normanhakim_786 ? Macam mana pulak cara Faizal menangi hati Suri dalam telemovie 6 Hari? Tengok Sabtu ni tau!! Sinopsis ringkas ‘6 HARI’ Suzi (Lisa Surihani) adalah isteri ketiga yang bahagia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang berjaya, Ismal (Aaron Aziz). Suzi tinggal bersendirian di sebuah banglo, kerana suaminya hanya pulang setiap 6 hari untuk menghabiskan masa dengan isteri-isteri yang lain. Semuanya kelihatan normal sehingga suatu hari bekas teman lelaki Suzi, Faizal (Yusry A. Halim) datang mengetuk pintu. Dibintangi pelakon-pelakon hebat @lisasurihani @yusryabdhalim @neelofa @aarondwiaziz TAYANGAN SERENTAK DI ASTRO RIA/RIA HD DAN CITRA/CITRA HD 13 JUN 2020, 9 MALAM #6Hari #DudukRumahChallenge #MCOShooting #StaySafe

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on


Telefilem ‘6 Hari’ mengisahkan tentang Suzi (Lisa Surihani) yang bahagia sebagai isteri ketiga kepada seorang ahli perniagaan.

Suzi tinggal bersendirian di sebuah banglo kerana suaminya hanya akan pulang ke rumah setiap enam hari untuk menghabiskan masa dengan isteri-isterinya yang lain.

Kehidupannya berjalan seperti biasa sehingga kemunculan bekas teman lelakinya, Faizal (Yusry) yang merupakan bekas banduan datang ke rumahnya yang kemudian mengugut untuk memberitahu kisah jenayah mereka kepada Ismal.

Adakah Faizal akan melepaskan Suzi dan melupakan segala yang berlaku di antara mereka? Sama-sama kita saksikan.

Jadi, jangan lupa saksikan telefilem ‘6 Hari’ pada hari ini, 13 Jun 2020, jam 9.00 malam secara eksklusif di empat buah saluran utama iaitu Astro Ria (104), Astro Ria HD (124), Astro Citra (108) dan Astro Citra HD (128).

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, telefilem tersebut turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.