Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir telah selamat menimang cahaya mata kedua pada Sabtu.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Saharul menerusi akaun Instagram rasminya.
"Ali dapat adik girl. Alhamdulillah, 13 Jun 2020 bersamaan 21 Syawal, lahir sudah puteri solehah baba, lengkap dah sepasang.
"Semuanya selamat, mummy sihat, baby pun sihat. 3.305kg , tinggi 51cm.
"Berkat doa semuanya. Terima kasih banyak-banyak. Doakan supaya mummy cepat sihat dari emergency LLCS, dan baby membesar jadi anak yang solehah. Amin Ya Rabb.
"Tak tahu nak taip apa entah. Happy betul ni. Salam Maghrib semua," tulis Saharul bersama sekeping foto bersama bayi perempuannya.
Sebelum ini, Saharul dan isteri dikejarkan ke hospital namun doktor mengesahkan itu hanya kontraksi palsu.
BACA: “Doktor Beritahu Ia Hanya…”- Dah Rasa Kontraksi, Tapi Isteri Saharul Diminta Pulang Ke RumahSaharul dan Qaabila berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Luth Ali, 2 tahun.
Gempak cuba mendapatkan Saharul untuk komen selanjutnya.
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.