Pelakon popular Mira Filzah berkongsi kegembiraan kerana anak saudaranya yang dikenali sebagai Umar ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di The Anderson School Citywide Gifted & Talented di New York, Amerika Syarikat.

Berdasarkan perkongsian Mira di Instagram, Umar merupakan antara 50 kanak-kanak bertuah yang layak menjalani persekolahan di situ.

Dalam entri yang sama, Mira turut memuat naik surat tawaran rasmi dan berkongsi semula (repost) perkongsian abang iparnya yang teruja mendapat kabar gembira itu.

Difahamkan, sekolah yang terletak di Manhattan itu merupakan sekolah nombor satu di New York dan hanya membuka kemasukan untuk 50 pelajar cemerlang setiap tahun.

"Saya 'repost' daripada abang ipar saya, saya sangat emosi sekarang, saya menangis! Umar dah besar.

"Kebolehan dan prestasi akademik Umar telah melebihi apa yang sepatutnya dicapai pada umurnya," tulis Mira sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Mira turut mendoakan anak buahnya itu agar sentiasa diberi perlindungan oleh Allah SWT.

"Semoga Allah selalu menyelamatkan kamu, kemana saja kamu pergi, saya doakan supaya kamu tak pernah lari dari perlindungan Allah," tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Mira tumpang gembira dan mengucapkan tahniah, tidak kurang juga yang memuji kepintaran Umar.

Repost this from my BIL’s ig story. ? . . I’m so emotional right now. ??? I cried you know! Over, but I really cried. Big boy already. ?❤️❤️❤️ “Umar’s academic abilities and gifts far exceed what is typically expected of a child his age”. ?❤️ May Allah always keep you safe, well, happy Sayang Mia, and where ever you are, I pray you’re never out of Allah’s protection, not even for a blink. I miss you so much and I love you one million! ??

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on


Sekadar info, Umar sebelum ini juga telah menjalani persekolahan di Amerika Syarikat kerana kakak dan abang ipar Mira menetap di sana.