Persembahan minggu pertama Suara Viral menyaksikan pertembungan 10 peserta mempamerkan paduan suara masing-masing di atas pentas buat julung kali.

Bertemakan Idola, konsert minggu pertama sebentar tadi menampilkan kesemua mereka menyanyikan lagu-lagu penyanyi yang menjadi sumber inspirasi peserta dalam dunia nyanyian.

Minggu pertama menyaksikan kru teknikal audio, Boy mengungguli di tempat pertama dengan dendangan lagu berjudul Peneman nyanyian asal Hazama.

Manakala, Farid yang merupakan jurutera mekanikal pula terpaksa akur berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Hanya Rindu dendangan asal Andmesh.

Begitupun, tiada penyingkiran dilakukan pada konsert minggu pertama yang menampilkan Datuk Hattan selaku juri jemputan bersama Misha Omar dan Akim sebagai juri tetap.



Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert minggu pertama beserta komen para juri:


#1 Boy (Peneman/Hazama): 80.87%
"Awak mempunyai pakej yang lengkap, kalau zaman dulu banyak band nak pakai awak, tone suara sedap" - Datuk Hattan



#2 Bobby (Sumpah/Aina Abdul): 76.20%
"Kadang-kadang untuk satu persembahan tak perlukan kesempurnaan, tapi kita perlukan kejujuran. Saya rasa kejujuran awak" - Misha Omar



#3 Sulastrie (Cinta Sejati/Bunga Citra Lestari): 75.03%
"Jangan terbawa-bawa perasaan sampai ganggu persembahan, kalau terlalu feel akan ganggu kelancaran nyanyian" - Datuk Hattan



#4 Bella (Canggung/Wany Hasrita): 73.63%
"Awak lalukan dengan baik, suara stable, sebutan dan tempo bagus, cuma awak nampak malu-malu, tak salah kalau nampak daring sedikit" - Misha Omar



#5 Ameem (Kaulah Segalanya/Ruth Sahayana): 71.77%
"Sewaktu nyanyi secara duduk, pernafasan terganggu sedikit, tapi tone awak sangat sedap,"- Akim Ahmad



#6 Jerry (Gemuruh/Faizal Tahir): 70.58%
"Saya suka suara awak, sedap, cuma awak nampak macam terlalu keras, seolah-olah awak tak enjoy ketika buat persembahan," - Akim Ahmad



#7 Farah (Bunga/Ara Johari): 70.35%
"Saya tak pernah dengar orang berani bawa lagu ini dengan cara tersendiri, nampak keyakinan awak dalam persembahan dan saya suka," - Akim Ahmad



#8 Azrul (Hijau/Datuk Zainal Abidin): 58.90%
"Saya tengok awak, saya takut. Awak mesti nampak mesra dengan kamera untuk penonton yang melihat persembahan di rumah" - Misha Omar



#9 Soffwany (Kasih/Hetty Koes Endang): 52.33%
"Macam orang menyanyi untuk minggu perpisahan, tapi sebab awak tak sihat, kita maafkan" - Datuk Hattan



#10 Farid (Hanya Rindu/Andmesh): 41.10%
"Ada beberapa masalah kawalan suara di awal nyanyian. Bila awak masuk je terus masuk gear 4, kurang dinamik dan nampak awak seperti tidak selesa," - Akim Ahmad.


Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.