Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini bercadang untuk menghentikan ujian saringan COVID-19 di negara berkenaan.

Memetik laporan Huffpost, Trump berpendapat cara itu mampu mengurangkan jumlah kes baharu dalam penularan wabak COVID-19.

"Jika kita berhenti buat ujian saringan sekarang, kes COVID-19 akan ada sedikit sahaja," katanya dalam sebuah kenyataan.

Kenyataan itu telah mengundang reaksi pelbagai pihak, rata-rata masyarakat tidak bersetuju kerana langkah itu hanya mengurangkan jumlah kes yang dilaporkan secara rasmi, tetapi tidak mampu mengubah jumlah sebenar golongan yang dijangkiti.

Malah, cadangan Trump itu juga telah diparodikan oleh beberapa pengguna Twitter.

"Jika saya tutup mata, hari tak akan terang lagi.

"Jika saya tak timbang berat badan, saya akan muat memakai skinny jeans.

"Kalau saya tak periksa baki akaun bank, tiada masalah yang akan berlaku lagi," tulis warganet.



Sebelum ini, Trump telah mengundang cemuhan apabila mencadangkan cecair pembasmi kuman disuntik kepada pesakit COVID-19.

Namun tidak lama selepas itu, Trump mengatakan cadangan itu hanya berbentuk sarkastik.


Sumber : Huffpost