Pengendali saluran YouTube Sugu Pavithra, M. Sugu, menjelaskan bahawa dia dan isteri, S. Pavithra berpindah ke rumah baharu bukan kerana memperolehi sumber pendapatan lumayan hasil video masakannya di Youtube.
Sebaliknya, Sugu memberitahu, selepas membuat keputusan berhenti kerja, dia tidak boleh terus tinggal di sana memandangkan rumah tersebut merupakan kuarters yang disediakan khusus buat pekerja ladang sahaja.
"Dulu saya tinggal di kuarters, jadi apabila sudah berhenti kerja, saya kena cari rumah lainlah.
"Rumah baharu ini pun bukan saya beli, saya hanya menyewa dengan membayar RM400 sebulan," jelasnya kepada Gempak.
Terdahulu, menerusi satu video di YouTube, pasangan tersebut berkongsi pengalaman mereka berpindah ke rumah baharu di Sungai Siput, Perak.
BACA: Selepas Suami Berhenti Kerja, Sugu Pavithra Pindah Rumah Baharu - "Dia Banyak Kena Ambil Cuti Untuk Teman Interview"
Ekoran video tersebut, ramai yang membuat andaian mendakwa pasangan tersebut kini benar-benar menjana pendapatan tinggi di YouTube sehingga mampu berpindah ke rumah baharu.
BACA: "Gaji YouTube Pertama Saya RM900 Sahaja, Siapa Yang Kata Saya Dah Terima Beribu-ribu Itu Tipulah" - Sugu Pavithra Mampu Buat 4 Video Seminggu
Dalam pada itu, kata Sugu, selepas ini, dia tetap berhasrat untuk mencari pekerjaan lain sebagai sumber pendapatan tetapnya dalam menyara keluarga.
"Semua orang mahu berikan yang terbaik buat keluarga, begitu juga saya. Saya pun ingat nak cari kerja lain selepas ini. Tak bolehlah duduk rumah lama-lama.
"Tengoklah, mungkin kerja kilang ke atau apa sahaja yang ada dekat sini nanti," katanya.
Begitupun, menurut Sugu dia akan terus tetap memberikan komitmennya bersama isteri, S. Pavithra dalam menghasilkan video-video masakan seperti biasa.
"Tak apa, kalau saya kerja nanti, masih ada masa di rumah untuk buat video pada waktu petang," ceritanya.
BACA: Didakwa Minta Bayaran RM10,000 Sejam Bagi Program Masakan, Ini Penjelasan Sugu Pavithra...
Sebelum ini, kisah pasangan suami isteri keturunan India ini menerima perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi viral.
Bahkan, pasangan yang menggunakan nama saluran Sugu Pavithra di YouTube itu juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sehingga kini Sugu Pavithra mempunyai lebih 600,000 subscribers di YouTube.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
ZULHILMI JALIL
Sun Jun 21 2020
16 Kali Buat Pembedahan, Katie Price Dakwa Pemilik P*yudara Terbesar Di Britain
Model Katie Price mendakwa dirinya sebagai pemilik payudara terbesar di Britain dengan ukuran 2120 CC menerusi beberapa siri pembedahan yang dilakukan terhadap aset tersebut.
Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir