Penyanyi Mawi meluahkan rasa terharu menerima hadiah sempena hari bapa iaitu sebuah kamera berjenama yang lengkap dengan aksesori daripada isterinya, Ekin.

Mawi berkongsi perkara gembira itu menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya semalam.

Menurut Mawi, isterinya pernah dilabel sebagai kaki kikis oleh netizen itu sebenarnya bukanlah seorang wanita yang suka meminta-minta sebaliknya pandai berusaha mencari wang dengan berniaga.

“Dulu ramai yang kata dia ni akan kikis duit aku sampai aku tinggal spender guys haha.

“Tapi berlaku sebaliknya guys. Aku yang kikis duit dia hahaha. Terima kasih sayang,” kongsinya.

Cuma nak hargai pengorbanan DIA gaiss..Dah terlalu banyak DIA berkorban untuk aku.DIA tak pernah pun nak push2 aku minta duit tiap2 bulan gaiss..Malah dia sendiri pandai cari duit DIA sendiri.DIA tak mengharapkan aku sepenuhnya gaisss.. Alhamdulillah..Semoga bisnes DIA terus berjaya & diberkati tuhan ? . Dulu ramai yg kata yg DIA ni akan kikis duit aku sampai aku tinggal spender gaiss..haha Tapi berlaku sebaliknya gaiss.. Aku yang kikis duit DIA hahaha ? TERIMA KASIH SAYANG @ekinmawi_cahaya ? . #HariBapa #BapaKacak #Canon250D

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on


Dalam pada itu Mawi juga memberitahu tujuan dia berkongsi kegembiraan itu bukanlah dengan niat mahu menunjuk tetapi mahu menghargai pengorbanan isteri kesayangannya.

“Sumpah tak ada niat nak tunjuk-tunjuk pun guys. Cuma nak menghargai pengorbanan dia. Dah terlalu banyak dia berkorban untuk aku.

“Dia tak pernah pun nak push-push aku mintak duit tiap-tiap bulan. Malah dia sendiri pandai cari duit dia sendiri.

“Dia tak mengharapkan aku sepenuhnya. Alhamdulillah semoga perniagaan dia terus berjaya dan diberkati Tuhan,” coretnya.



Terdahulu, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani mendirikan rumah tangga bersama Ekin pada 20 Disember 2008.

Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan seorang puteri, Cahaya Malaika yang kini berusia 8 tahun.