Pelakon Fatin Afeefa didakwa masih menjalinkan hubungan dengan lelaki yang sama berstatus suami orang.

Perkara itu didedahkan didedahkan sendiri oleh seorang individu, yang difahamkan merupakan isteri kepada lelaki tersebut yang menggelarkan dirinya sebagai Mag di laman Twitter.

Dakwa Mag, Fatin bakal berkahwin dengan seorang lelaki bujang yang kaya namun masih keluar bersama suaminya.



Dakwa Mag lagi, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin itu dikatakan mengikut suaminya bermesyuarat bersama rakan kongsi perniagaan di sebuah restoran yang menghidangkan minuman beralkohol.




Gempak gagal mendapatkan komen lanjut daripada Fatin selepas kiriman WhatsApp yang dihantar hanya dibaca jam 11.36 pagi.

Tahun lalu, nama Fatin Afeefa pernah dikaitkan dengan kontroversi selepas terdapat netizen yang menemui foto panasnya bersama lelaki itu.

BACA: Tak Serik, Fatin Afeefa Didakwa Jalin Hubungan Dengan Suami Orang Lagi

BACA: Didakwa Kembali Jalin Cinta Dengan Suami Orang, Ini Penjelasan Terakhir Fatin Afeefa!

Fatin merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak.

Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada Disember 2013 dan bercerai pada 2017.