Persembahan minggu kedua Suara Viral menyaksikan Farid yang merupakan seorang jurutera mekanikal sebagai peserta pertama tersingkir pada malam ini.

Selepas berada di kedudukan paling bawah pada minggu pertama, jejaka berusia 30 tahun itu terpaksa akur apabila gagal menempatkan diri sekali lagi di kelompok teratas pada minggu ini.

Farid yang menyampaikan lagu Kisah Antara Kita nyanyian asal One Avenue Band gagal mencuri hati juri apabila sekadar memungut markah 40.87 peratus sahaja.

Bertemakan Zaman Remajaku, konsert minggu kedua menyaksikan eksekutif pemasaran, Ameem mendahului di tempat pertama dengan dendangan lagu berjudul Ketulusan Hati nyanyian asal Anuar Zain.

Kesemua perserta diadili oleh dua orang juri tetap, Misha Omar dan Akim, bersama Datuk Hattan selaku juri jemputan selain lapan Juri Duduk Rumah.

Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert minggu kedua beserta komen daripada para juri:


#1 Ameem (Ketulusan Hati/Anuar Zain): 78.77 %

"Saya rasa dalam banyak-banyak peserta awak seorang yang punya kawalan vokal yang bagus. Cuma, saya nak tengok awak bagi lebih lagi walaupun awak dah bagi minggu kedua ni macam minggu kelapan"- Datuk Hattan



#2 Bella (Biarlah Rahsia/ Datuk Seri Siti Nurhaliza): 76.90%

"Awak sebenarnya boleh menyanyi lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza, tapi kalau kita nyanyi, jangan ikut penyanyi asal punya flow" - Datuk Hattan



#3 Jerry (Dalam Gerimis/Visa): 74.57%

"Rasa tu ada..cuma kita kena kawal notasi yang kita nyanyikan tu. Kadang-kadang setakat rasa sahaja tak cukup kalau awak tak ikut tempo, tempo kena jaga"- Misha Omar



#4 Azrul (Lagu Zaman/ Datuk Jamal Abdillah & Tan Sri SM Salim): 74.10%

"Kalau awak lebih rileks sikit saya rasa dia lagi pergi, tak perlu kaku sangat, nyanyi ni nak kene enjoy je. Apapun persembahan awak lebih baik dari minggu lepas"- Datuk Hattan



#5 Sulastrie (Darah Muda/Wan): 72.93%

"Saya tak ada masalah dengan nyanyian awak. Saya sangat suka dengan persembahan pada malam ini. Awak ada idea dan gambaran untuk buat persembahan" - Akim Ahmad



#6 Boy (Cinta Dewa-Dewi/ Spider): 72.70%

"Saya terhibur dengan persembahan awak. Satu sahaja saya nak cakap, kalau awak masuk dalam industri, awak tetap akan diterima peminat"- Sudyr



#7 Farah (Getaran Cinta Di Jiwa (Liza Hanim): 66.60%

"Saya suka dengan kelantangan suara awak, tapi untuk lagu ni kalau dapat lembutkan suara di awal lagu, lebih dapat tangkap lagi jiwa kami"- Akim Ahmad



#8 Soffwany (Setiaku Korbankan/Fauziah Latiff): 66.13%

"Saya suka suara awak, suara awak bagus, cuma apabila perkataan ada huruf T selalu awak sebut 'thh', sebutan itu akan mengganggu sikit, tapi bila korus tu bunyi tu hilang pula" - Akim Ahmad



#9 Bobby (Obses/ Akim & The Majistret): 41.07%

"Awal-awal nampak okay, tapi bila sampai bahagian korus, awak macam seolah-olah lost..bila terus lost terus tak jumpa..saya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya" - Misha Omar



#10 Farid (Kisah Antara Kita/ One Avenue Band): 40.87%

"Awak macam tak fit dalam pertandingan ini, pakej ada, tone suara ada, tapi saya tak tahu kenapa awak bagi kami cara nyanyian begitu, ia sangat mengecewakan" - Misha Omar


Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.

Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bakal bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi
'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.