Seorang majikan yang baik, sudah pasti akan sentiasa dikenang para pekerjanya.

Bahkan, kita semua pasti mempunyai pengalaman tersendiri ketika berdepan dengan ragam majikan di tempat kerja masing-masing.

Bezanya cuma, mungkin cerita mengenai majikan kita itu satu kisah yang baik atau pun tidak.

Begitupun,satu coretan bekas pekerja kepada pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim mengenai dirinya mencuri tumpuan warga net di Instagram.

Menariknya, Rizalman kemudian berkongsi sendiri coretan bekas kakitangannya itu yang menyentuh mengenai 10 perkara menarik mengenai dirinya.

Ini 10 fakta menarik yang dikongsikan individu tersebut:

1. Beliau bekerja hampir setiap hari, uruskan projek rekaan dalaman, majlis perkahwinan, couture dan jenama pakaian termasuklah kedai perabot semuanya sendiri, dibantu dan dilaksanakan oleh kakitangannya.

2. Beliau mampu mengingati banyak perkara setiap hari. Semua staf juga diharap untuk buat perkara yang sama. Sekali anda terlupa, bersedialah untuk disuruh makan kismis.

3. Beliau akan mesej dan mengarahkan staf 24/7 menerusi WhatsApp.

4. Beliau mempunyai kulit yang cerah.

5. Beliau juga seorang yang tegas dan garang, lebih garang daripada guru disiplin yang anda pernah jumpa.

6. Kami panggil beliau 'boss' di tempat kerja.

7. Beliau memakai pakaian lengkap berwarna hitam setiap hari.

8. Apabila beliau masuk ke pejabat, kami jarang perasan. Tak tahu bagaimana beliau lakukannya secara senyap. Nasib tak baik, kalau anda tengah mengumpat dibelakangnya, kerana tiba-tiba dia boleh tahu semuanya.

9. Di biliknya mempunyai sebatang lilin yang akan meneranginya sepanjang hari.

10. Apa yang saya suka mengenai beliau, setiap lukisan atau kerja yang saya lakukan, beliau akan semak dan tanda sebarang perubahan yang perlu dilakukan dengan menggunakan pen merah seperti seorang guru. Beliau juga sentiasa mendengar cadangan kami, itu yang bagusnya.

written by aku punya ex staff. nothing but the truth

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on


Dalam posting tersebut, Rizalman turut mengakui apa yang ditulis oleh bekas pekerjanya itu semuanya benar.

"Ditulis oleh aku punya bekas kakitangan. Tiada yang lain selain benar belaka," tulisnya diruangan kapsyen.

Gempak masih cuba mendapatkan keterangan lanjut mengenai hal ini daripada Rizalman.

Begitupun, di ruangan komen, rata-rata memuji keperibadian dirinya sebagai seorang majikan.

"Tulisan yang penuh dengan rasa, menghargai, menghormati dan mengagumi.

"Kan seronok kalau semua bos macam ni," tulis sebahagian pengikutnya.

Saksikan program yang menampilkan Datuk Rizalman di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!