Pelakon Reen Rahim mengakui proses untuk menjayakan watak seram dalam filem Town Mall agak mencabar.

Menjayakan karakter Akma, Reen banyak berbincang dengan pengarah dan pelakon lain untuk melunaskan tanggungjawabnya.

"Saya sendiri tak gemar menonton filem seram atau hantu. Apabila mendapat tawaran untuk berlakon filem Town Mall, saya cabar diri sendiri.

"Saya akui sukar untuk membawakan watak Akma tetapi saya cuba sehabis baik. Terima kasih kepada pengarah, pelakon-pelakon lain dan krew penggambaran kerana banyak memberikan kerjasama," katanya.

Tambah Reen, dia juga tak mahu terbawa-bawa watak yang dilakonkannya dalam sesebuah naskhah.

"Saya tahu kadang-kadang ada pelakon terbawa-bawa watak yang mereka jayakan sehingga ke luar set penggambaran. Saya sendiri tak suka dengan perkara terbabit kerana ia menyukarkan saya.

"Tak kiralah watak apa sekali pun, watak seram ke, watak hantu ke, watak wanita garang ke, saya tak mahu bawa ia dalam kehidupan sebenar.

"Habis sahaja shooting, saya masuk ke dalam kereta, saya terus 'buang' watak yang saya lakonkan dan kembali menjadi Reen Rahim," katanya lagi.

Jangan lupa saksikan lakonan Reen dalam filem Town Mall!

Selepas kejayaan Manap Karaoke, Syif Malam Raya dan Ada Apa Dengan Dosa yang mencipta fenomena tersendiri, Astro Shaw bakal membawakan filem Town Mall ke pawagam rumah anda!

Filem ini merupakan hasil adaptasi novel seram popular berjudul sama karya novelis Hasrudi Jawawi.

Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.



Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.


Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem terbabit selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Town Mall, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.