Selepas 10 hari bersalin, pelakon Mia Ahmad mendedahkan nama cahaya mata keduanya kepada umum.

Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi, 32, memilih nama Iris untuk diberikan kepada bayi perempuannya yang lahir pada 18 Jun lalu.

"Here we grow again! Assalamualaikum semua! Meet our babygirl, Iris Binti Mohd. Izham Tarmizi," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam posting tersebut, Mia turut memuat naik gambar dirinya bersama bayi perempuannya itu buat pertama kali.

Here we grow again! Assalamualaikum everyone! Meet our babygirl, Iris Binti Mohd Izham Tarmizi. ?

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on


Sementara itu, Gempak masih cuba mendapatkan respons daripada Mia berhubung pemberian nama tersebut.

Bagaimanapun, di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji pemilihan nama Iris sebagai satu nama yang cukup indah.

"Alhamdulillah, baby Iris, senafas auntie sebut

"Syukur Alhamdulillah. Sedap dan mudah je nama baby..comelnya," tulis sebahagian netizen.

Terdahulu, Mia melahirkan anak keduanya pada 18 Jun lalu di sebuah pusat perubatan swasta.

BACA: Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Ke-2

Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017.

Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.

Saksikan drama lakonan Mia Ahmad di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!