Anak lelaki kepada pengasas kosmetik Dnars Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, Mohamed Aqbar Hakim Jasman reda dengan ujian menimpa dirinya.

Perasaan tersebut digambarkan Aqbar menerusi sebuah posting di laman sosial Instagram (IG)nya, sehari sebelum kesnya dibicarakan.

“Mummy...abang minta maaf kerana belum sempat melawat Mummy selepas abg dibebaskan polis. Peguam tidak benarkan abang pergi jauh dari kawasan ni, kerana bila-bila masa akan didakwa di mahkamah.

“Mummy, esok abang akan didakwa di mahkamah Jalan Duta. Mummy jangan risau .Abang akan steady untuk hadapi semua cabaran ini,” tulisnya.

Bagaimanapun anak sulung daripada tujuh beradik itu bersyukur kerana ahli keluarga dan sahabat berdiri teguh dibelakangnya memberikan sokongan serta semangat.

“Semua orang berdiri belakang abang. Semua sahabat-sahabat Dnars ada di kiri kanan abang. Semua ahli-ahli keluarga Mummy berdiri belakang abang.Kawan yang betul-betul kawan support habis-habisan.

“Tak mengapalah Mummy, kebenaran pasti datang. Keadilan pasti menjelma. Cahaya keadilan sudah mulai kelihatan walaupun sayup-sayup di hujung terowong. Arwah baik ramai sayang.

“Al-Fatihah untuk bondaku tersayang,” tulisnya.
Aqbar, 20, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Rabu atas pertuduhan mengugut bapa tirinya melalui WhatsApp.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Mageswary.

Tertuduh didakwa menakutkan secara jenayah terhadap bapa tirinya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 43, dengan ugutan hendak menyebabkan kematian iaitu dengan menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp dibaca: "Papa igt deh kalau adik ore mati, ore g pancung belako".

[[BACA:"Papa Ingat Deh Kalau Adik Ore Mati, Ore Gi Pancung Belako” – Anak Lelaki Pengasas Dnars Didakwa Ugut Bapa Tiri]]