Buat pertama kalinya pelakon Sharifah Shahirah mendedahkan kehidupan peribadi ibu saudaranya, aktres Sherry Alhadad.

Pendedahan eksklusif itu dibuat Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera menerusi program Rumah 107 yang dihoskan oleh aktor Khir Rahman.

Menurut Shiera, ramai yang melihat Sherry sebagai seorang yang sentiasa gembira dan sering menghibukan orang ramai.

Namun disebalik personaliti yang sentiasa positif itu, tidak ada seorang pun tahu perasaan dan situasi dihadapi Sherry sebelum ini.

“Bapa dia meninggal semasa dia berusia 9 tahun… Namun ibunya tidak pernah langsung menghubungi kami atau saudara-mara untuk minta bantuan.

“Tetapi Sherry… Ya Allah saya tidak perasan sebelum ini (situasi Sherry) kerana terlalu sibuk dengan kerja.

“Kini baru saya perasan Tuhan tolong dia, cantik perjalanannya. Ibu dia tak minta bantuan untuk besarkan anak-anak.

“Orang hentam-hentam tapi mereka tidak tahu situasi sebenar yang harus ditempuhi oleh seseorang dalam kehidupan mereka,” kongsinya sambil menahan sebak.

Selain Khir, Rumah 107 juga turut dihoskan oeh Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.

Saksikan episod penuh Rumah 107 bersama Shiera dan Sherry Alhadad pada Jumaat (esok), jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.