Peserta Suara Viral Bella mendedahkan bahawa dia mula giat menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan mana-mana pihak sejak tiga tahun lalu.

Kata Bella, antara pengalaman yang meninggalkan momen manis apabila pernah mewakili negara ke pertandingan I-Sing World di Myanmar pada 2017.

"Saya banyak sangat mencuba dalam mana-mana pertandingan nyanyian. Saya makin bergiat aktif sertai pertandingan menyanyi sejak 2017. Ketika itu senang sedikit dapat maklumat apabila peralihan informasi lebih kepada plaform digital.

"Pada tahun itu jugalah saya pernah mewakili Malaysia ke Yangon untuk bersaing bersama dengan lebih 40 peserta daripada 24 negara yang terlibat," katanya kepada Astro Gempak.

Menurut Bella, dalam pertandingan itu, dia berjaya menduduki kedudukan ketujuh daripada keseluruhan peserta selepas membawakan lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Saja nak belanja sikit lagu haritu. Buat sahabat yg x pernah dengar lagi suara amatur saya ini. Kenangan di Yangon,myanmar. Lagu utk round 1 (kau kekasihku by @ctdk) @rozisangdewi #alwayslovectdk #iamsinger#singingfromheart #isingworld #representmalaysia

A post shared by BELLA.SUARAVIRAL (@bella.mohd_) on


Katanya, kegigihannya menyertai pelbagai pertandingan menyanyi kerana mahu mengejar cita-citanya sebagai seorang penghibur.

"Kalau tanya cita-cita memang teringin nak bekerja dalam industri muzik ini sebagai penghibur.

"Ibu bapa saya pun memang beri galakan dan sokongan dengan apa yang saya minat ni," katanya yang merupakan anak sulung daripada lima adik-beradik.

A post shared by BELLA.SUARAVIRAL (@bella.mohd_) on


Bella bakal membuat persembahan di konsert minggu keempat Suara Viral Rabu ini membawakan lagu Sesal Separuh Nyawa nyanyian asal Datin Alyah.

BACA: Bella Terkedu Jumpa Ramlah Ram

Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.

Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.

@bella_svofficial dengan persembahan penuh style. Siap ada rapper ok! Bukan calang-calang persembahan Bella malam ni. . Korang boleh undi Bella sebagai Suara Viral Paling Gempak di www.gempak.com/suaraviral bermula jam 11 Malam ini. . #SuaraViral #SuaraViral2020 #BarulahOn

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on