Ushawan kosmetik popular, Safiey Ilias akui bakal mendapatkan rawatan dari klinik estetik untuk mengecilkan pipinya.

Rawatan itu dilakukan selepas Safiey ditegur oleh orang ramai kerana bentuk mukanya yang pelik.

“Alhamdulillah. Esok akan jumpa doktor untuk rawatan kecilkan pipi sebab ramai cakap pipi saya pelik. Terima kasih doktor,”katanya.

Safiey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Safiey memberitahu kali ini dia membuat rawatan dengan doktor estetik yang sah selepas serik terkena dengan doktor tidak bertauliah.

“Pastikan anda buat rawatan dengan doktor estetik yang sah dan ada LCP License (Letter of Credentialing dan Privileging).

“Saya dah terkene dengan doktor tak bertauliah! Serik . Nasib ada Dr Shah,” luahnya.

Entri tersebut bagaimana pun mendapat kecaman daripada netizen yang tidak bersetuju apabila dia mengubah bentuk asal ciptaan Tuhan.

Terdahulu, Safiey pernah menggegarkan negara dengan kisah penghijrahan dirinya.