Melakukan video TikTok bukanlah satu perkara baru buat penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana sebelum ini dia telah melakukan bebebrapa video menggunakan aplikasi tersebut.
Namun, semalam video pergerakan perlahan atau 'slow motion' secara manual dibuat oleh pelantun suara 7 Nasihat itu mencuri tumpuan ramai.
Video berkenaan dimuat naik menerusi satu posting di akaun Instagramnya malam semalam.
Menerusi video itu, Siti atau mesra disapa Tok Ti melakukan aksi 'hareudang' bersama penyampai radio Shuk Sahar, Shuib Sepahtu dan Fizie.
Menerusi ruang komen, rata-ratanya terkejut apabila Tok Ti begitu sporting melakukan gaya tersebut memandangkan ia selalunya dilakukan oleh golongan muda atau popular dengan jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU).
Anda boleh lihat video comel tersebut di bawah.
Untuk rekod, lagu Hareudang yang dinyanyikan oleh kumpulan pasukan Perang itu menjadi viral apabila ia kerap digunakan untuk video Tik Tok.
Gaya 'slow motion' yang dilakukan secara manual pula mula menjadi ikutkan selepas ia dilakukan oleh pemuda dikenali sebagai Budak 46.
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.