Selepas kontroversi memuat naik foto separuh bogel di laman sosial Instagram (IG), nama Muhammad Sajjad atau lebih dikenali dengan nama Nur Sajat kembali menjadi bualan warganet.
Yang terbaru, pada Jumaat lalu Sajat telah memuat naik foto salinan geran rumahnya di IG, namun dia telah memadam perkataan ‘Muhammad’ dan ‘Bin’ yang tertera pada dokumen tersebut.
Tindakan Sajat disedari warganet dan rata-ratanya mengecam perbuatan Sajat serta membangkitkan isu jantina ahli perniagaan tersebut.
“Wei dia tutup nama depan dan tengah dia lah.
“Dia ingat dia tutup orang tak tahu kebenaran?
“Try hard nak jadi perempuan tapi benda official tetap tak dapat nak tipu. Yang tu lah menghantui diri dia. Sampai bila? Even kau ada semua Sajat,” antara komen yang ditulis warganet.
Tidak berdiam diri, Sajat telah membalas komen tersebut dan memberitahu sebab dia memadam nama penuhnya.
“Tutup takut orang buat jahat atau bomoh kita sis…Kita have-have kan,” tulisnya.
Tidak berhenti di situ, Sajat turut menyunting kapsyen yang ditulis pada gambar tersebut dengan menambah, sudah bosan dengan isu jantina mengaitkan dirinya.
“Bosan dengan isu yang pasti akan bangkit untuk posting ni!! Nama saya…Bin atau Binti tak menjadi masalah, yang penting rumah saya harga RM6.5 juta, OK!,” tulisnya.
Terdahulu, Sajat memuat naik foto geran tersebut untuk membuktikan kepada warganet yang mendakwa dia hanya menyewa banglo mewah milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.
“Ramai kata saya menyewa rumah ini..Yes saya memang menyewa, menyewa dengan bank..cuma malas nak tunjuk jer..
“Apa apa pun, kita ambil sebagai semangat kita nak maju ke hadapan‼️, daripada kecam, kutuk mengutuk, hina menghina dan cepat melatah bila melihat sesuatu,” tulisnya.
Fiza Kamarudin
Sat Jul 11 2020
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.