Kakak kepada aktres Sharifah Sakinah, pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah, 45, memilih untuk tidak peduli dengan kata-kata cemuhan yang dilemparkan kepada adiknya.

Kata wanita yang mesra dengan nama Shiera itu, perkara itu perlu diterima memandangkan Sakinah adalah seorang selebriti.

"Yang serang Sakinah dia baru ada dekat muka bumi ini tiga hari. Macam suami dia tak ada perempuan lain. Kononnya dia sembahyang lima waktu, dia paling baik.

"Benda ini tak jadi lagi dekat batang hidung mereka. Sembahyang lima waktu tapi sibuk hal orang lain buat apa. Apa yang bezakan adalah mereka bukan selebriti. Saya tak kisah langsung dengan orang macam ni.

"Mereka yang mencemuh kena ingat bukan dia saja di dunia ini. Dia selamat sebab kita taktahu kehidupan dia macam mana," katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah isteri kepada aktor Ijoy Azhari menyatakan penceraian yang berlaku ini merupakan proses pembelajaran kepada Sakinah.

"Ada keuntungan juga kepada Sakinah. Disebabkan dia public figure ramai yang suka dengan dia. Ada yang mendoakan. Orang yang kenal rapat lebih tahu tentang diri Sakinah.

"Kadang-kadang lepas bercerai ini, kita akan lebih matang cuma akan mengambil sedikit masa. Dia akan menyesal dan belajar daripada pengalaman lalu. Itu untuk Sakinah.

"Yang netizen di luar sana macam mana pulak? Banyak lagi boleh belajar asalkan tak sibuk dengan kehidupan orang lain," katanya lagi.

Sakinah pada Khamis lalu mengakui rumah tangganya dengan juruterbang Aliff Adha, berakhir pada Mei lalu.

Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha, 3 tahun.

BACA: "Dia Nak Main Aplikasi Dating, Itu Hak Dia…” - Sharifah Sakinah Sahkan Sudah Bercerai

BACA: Shiera Buka Mulut Isu Perceraian Sakinah

BACA: “Yang Bagi Semangat Terima Kasih…Yang Menghina, Ingat Korang Pun Ada Keluarga! – Sharifah Sakinah