Penyampai radio Feeya Iskandar melenting selepas foto miliknya disalah guna oleh peniaga atas talian.

Menurut Feeya atau lebih mesra dipanggil Cik Piah, pihak tidak bertanggungjawab itu hanya membayar sekali sahaja untuk menggunakan perkhidmatannya.

"Bayar sekali guna gambar orang berkali-kali. Senang hidup. Ambil kesempatan," luahnya di Instagram Stories.

Feeya memuat naik satu foto dirinya mempromosi dengan memegang produk kecantikan iaitu penegang payudara.



Tegas pemilik nama Nor Shafiza Iskandar Azizan ini, dia tidak akan menghalalkan niat pihak terbabit bagi melariskan produk.

"Aku cuma nak cakap aku tak halalkan kau guna gambar aku," tulisnya lagi.

Terdahulu, beberapa orang selebriti turut mengalami situasi yang sama antaranya Azhar Rani, Uqasha Senrose, Adibah Noor dan Khai.

BACA: “Aku Anggap Perkara Ni Dah Selesai” – Azhan Rani Maafkan ‘Owner’ Produk Guna Gambar Tanpa Kebenaran​

BACA: "Boleh Ke?" - Syarikat Penerbitan Keluarkan Buku Guna Gambar & Nama Uqasha?

BACA: "Sejak Bila Jadi Sugar Mommy Hook Up Ni?" - Pihak Tak Bertanggungjawab Salah Guna Foto Adibah Noor​

BACA: Gambar Disalah Guna Untuk Kepentingan Perniagaan, Khai Buat Laporan Polis & KPDNKK​