Pelakon Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah selamat melahirkan cahaya mata kedua bersama penyanyi dan pelakon Aliff Aziz pada pukul 6:10 pagi tadi.
Baca: “Bila Dah Bersalin Nanti Mesti Rindu…”- Hamil 9 Bulan, Bella Astilah Timang Anak Kedua Tak Lama LagiBaca: Aliff Aziz, Bella Astillah Bakal Timang Bayi Perempuan, Jangka Bersalin Julai Depan, Tahniah!Bella yang rujuk kembali bersama suaminya Aliff berkongsi berita gembira tersebut di Instagram miliknya dengan satu gambar bersama cahaya mata yang baru lahir.
"Syukur Alhamdulillah, Bella dah selamat Bersalin. Thank you so much kepada yang sentiasa mendoakan Bella. Yayy, it’s our first wefieee!
"Sampai Hospital tadi 3.30am, my baby princess keluar jam 6.10am, Alhamdulillah. Abang dulu 1 jam setengah, adik ni 2 jam setengah," merujuk tempoh kelahiran anak pertama dan keduanya.
Bella yang bercerai dengan Aliff pada tahun lalu tetapi merujuk kembali kini mempunyai sepasang cahaya mata. Anak mereka yang pertama, Mohamed Ayden Adrean kini berumur 3 tahun. Kami di Gempak mengucapkan tahniah dan semoga terus berbahagia bersama keluarga tercinta.
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.