Pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara, Zizan Razak menafikan dakwaan yang mengatakan dia sudah bertunang dengan gadis yang berasal dari Terengganu.

Terkejut dengan desas-desus terbabit, Zizan menganggap dakwaan tersebut sebagai satu doa.

"Saya pun pertama kali dengan dakwaan ini. Mana datangnya berita saya bertunang? Saya pun tak tahu.

"Sejujurnya, memang tak ada. Saya sendiri tiada teman wanita sekarang ini, saya memang solo.

"Kalau itu adalah doa, saya terima dengan sebaiknya. Tapi, buat masa ini saya memang tidak bertunang dengan sesiapa," kata Zizan.

TAHNIAH BUAT SEMUA JUARA JUARA CERIA MEGASTARS 2020. TERIMA KASIH HIBURKAN MALAYSIA @armani_kowachee @nanaquemar @officialadindatasya @ijazyc_

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

GABUNGAN EPIK! PENUH KEJUTAN! Buat pertama kalinya, SECARA LIVE, Ernie Zakri, Zizan Razak & Datuk Shafinaz akan bergabung untuk buat persembahan yang PALING EPIK! Bukan tu je! Hael Husaini pun ada untuk bergabung dengan Nabila Razali demi persembahan “PELUANG KEDUA” ?. . Saksikan Sabtu ini jam 9 malam hanya di Astro Ceria, Astro Ria atau strim sekarang di Astro GO. Jangan lupa record dan tonton banyak-banyak kali tau! . #CeriaMegastar2020 #AstroCeria #BarulahON #ASTROsoON . @astroceria @nabilzira @zizanrazak869 @erniezakri @dacdatoac @donutfingerlicking @datuksyafinazofficial @alamwakaka

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


Zizan ditemui usai konsert finale Ceria Megastar 2020 yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Tambah Zizan, dia juga tidak akan menyembunyikan berita gembira sekiranya ia benar-benar terjadi.

"Sudah semestinya saya akan berkongsi dengan semua orang jika saya bakal menempuhi fasa bahagia atau permulaan baru. Saya tak akan berdiam sahaja," katanya lagi.

Di konsert finale Ceria Megastar yang menobatkan Kowachee sebagai juara, Zizan bertindak selaku juri tetap.

BACA: Kowachee Juara Ceria Megastar 2020

Dalam perkembangan terbaru, Zizan bakal membintangi filem Hantu Bonceng 2 dan ia bakal bersiaran di Astro First.