Baru dilancarkan malam tadi, muzik video lagu terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aku Bidadari Syurgamu telah menduduki tangga ke 24 trending YouTube.

Malah, muzik video arahan Amir Johari itu telah mencapai jumlah tontonan hampir 100,000 kali.

Luar biasa sentuhan muzik video dari mustika hati negara kali ini! Mana tidaknya, kebanyakan komen yang ditinggalkan baik di YouTube atau platform media sosial lain semuanya yang indah-indah.

Malah, tidak salah andai muzik video yang dibikin kali ini antara yang terbaik dalam sedekad yang pernah dihasilkan Siti.

Daripada segi 'camera works', sinematografi, lighting dan suntingan semuanya membekaskan impak.

Mesej yang disampaikan menerusi lagu ciptaan Ippo Hafiz itu juga menyentuh hati ramai.

Ia menyampaikan cerita tentang kasih sayang seorang anak perempuan terhadap bapanya hingga ke hujung nyawa.

Siti lari daripada landskap cinta klise dan kebanyakan karya yang dihasilkan bersifat kemasyarakatan, nasihat dan kekeluargaan.

Lagu Aku Bidadari Syurgamu meledak seiring dengan drama rantaian terbaharu 7 Hari Mencintaiku 2 yang sedang ditayangkan.

Aku Bidadari Syurgamu menjadi runut bunyi drama yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha itu.

7 Hari Mencintaiku 2 boleh ditonton di platform IQIYI bermula 24 Julai ini (Jumaat) dan anda boleh menonton semula drama ini dari episod pertama.

Malah, pelanggan berpeluang menonton semula 7 Hari Mencintaiku musim pertama secara percuma di IQIYI.